Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.guam.bé.la] | ڤݢوام بلا

Definisi : (peguam béla) peguam yg membela kliennya dlm mahkamah undang-undang, advokat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.guam.bé.la] | ڤݢوام بلا

Definisi : /peguam béla/ peguam yg membela atau yg mendakwa dlm perbicaraan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peguam bela


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
peguam bela/peguam béla/ peguam yg membela atau yg mendakwa dlm perbicaraan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
peguam bela(peguam béla) peguam yg membela kliennya dlm mahkamah undang-undang, advokat.Kamus Dewan Edisi Keempat
advokat IIB peguam, peguam bela.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengacara1. Id peguam bela; 2. orang yg me­­ngendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juru­acara.Kamus Dewan Edisi Keempat
peguam bela /peguambéla/peguam yg membela atau yg mendakwa dlm perbicaraan.Kamus Pelajar
acara I1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan men­yusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau per­sembahan terpenting (biasanya juga yg ter­istimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi; beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id meme­riksa (membicarakan) perkara di mahkamah; mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum; mengacarai 1. mengelolakan atau mengen­dalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu; 2. Id memulai per­cakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa,” aku ~ per­cakapan; mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacara­kan pd malam penghabisan; 2. Id meng­adukan (perkara); pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg me­­ngendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juru­acara.Kamus Dewan Edisi Keempat
bela/béla/ 1 orang yg ikut mati bersama suaminya atau tuannya dgn cara membunuh diri dsb. 2 balasan yg dikenakan terhadap orang yg melakukan pembunuhan atau kejahatan: menuntut ~ membalas kejahatan orang. membela 1 membunuh diri utk mati bersama orang yg dikasihi, spt suami. 2 membalas kejahatan orang (spt membunuh): Mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka. 3 mempertahankan seseorang supaya tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah; melindungi: Tidak ada seorang peguam pun yg sanggup ~ pembunuh itu di mahkamah nanti. pembelaan hal atau perbuatan membela. pembela orang yg membela.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bela(béla); mencari ~ = mengambil ~ = menuntut ~ menuntut balas (dgn cara membunuh pembunuh, memukul orang yg telah memukul orang lain, dll); membela 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka; 2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); terbela dapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan): nasib bangsa Melayu tidak ~ pd zaman penjajahan; pembelaan perihal membela: si miskin tetap menderita tanpa ~ yg sewajarnya; pembela orang yg membela; ~ uri pemain terakhir dlm permainan gasing.Kamus Dewan Edisi Keempat
bela/béla/ 1. orang yg ikut mati bersama suaminya atau tuannya dgn cara membunuh diri dsb. 2. balasan yg dikenakan ke atas orang yg melakukan pembunuhan atau kejahatan: menuntut ~ membalas kejahatan orang. membela 1. membunuh diri utk mati bersama orang yg dikasihi spt suami dll. 2. membalas kejahatan orang (spt membunuh dsb): Mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka. 3. mempertahankan seseorang supaya tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah; melindungi: Tidak ada seorang peguam pun yg sanggup ~ pembunuh itu di mahkamah nanti. pembelaan hal atau perbuatan membela. pembela orang yg membela.Kamus Pelajar

Kembali ke atas