pejal | tidak berongga di dlmnya; padat dan keras: batu ~ batu yg padat lagi keras. memejal menjadi pejal: Logam-logam itu bercantum apabila pateri ~. memejalkan menjadikan pejal; memadatkan: ~ tanah. pepejal benda-benda yg pejal (bukan gas atau cecair). pemejalan proses (hal dsb) memejal atau memejalkan: Perubahan drpd bentuk cecair kpd bentuk pepejal disebut ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pejal | keras dan padat, tidak berongga dalamnya: tubuhnya gempal dan ~; batu ~ sj batu yg keras dan padat, granit; memejalkan menjadikan pejal, memadatkan, memampatkan; kepejalan perihal (keadaan) pejal; pemejalan proses menjadikan sesuatu pejal; pemejal bahan yg memejalkan: krim ~ payudara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pejal | tidak berongga di dlmnya; padat dan keras: batu ~ batu yg padat lagi keras. memejal menjadi pejal: Logam-logam itu bercantum apabila pateri ~. memejalkan menjadikan pejal; memadatkan: ~ tanah. pepejal benda-benda yg pejal (bukan gas atau cecair). pemejalan proses (hal dsb) memejal atau memejalkan: Perubahan drpd bentuk cecair kpd bentuk pepejal disebut ~. | Kamus Pelajar |
kon | 1. jasad pejal yg meruncing ke hujung dr tapaknya yg rata dan bulat; 2. sesuatu yg berbentuk kon, sama ada pejal atau geronggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padat | 1. penuh dan rapat sekali (isinya, kandungan, susunannya, dll), padu, pejal, tumpat: tanah tidaklah ~ spt batu, tetapi peroi dan berliang-liang; gas itu dipam ~-~ ke dlm silinder besi waja yg tebal; 2. penuh, sesak, berasak-asak: restoran-restoran mereka ~ dgn makanan yg baik-baik; ~ spt ikan sardin dlm tin; 3. banyak sekali penduduk (daerah dll); 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll), berisi, bernas; bahasa jurnalistik lebih ~ dan tepat; 5. Id pejal (tidak cair atau spt gas): air kalau didinginkan menjadi ~; memadat menghempap-hempap (memijak-mijak, mengasak-asak) hingga padat: ~ perut (memberi) makan kenyang-kenyang; memadati 1. memenuhi hingga padat: gulungan-gulungan kertas ~ almari yg kecil; 2. mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni dll) hingga padat; memadatkan 1. mengisi atau mengasak sesuatu (spt guni dll) hingga padat; 2. mengisikan sesuatu hingga padat: bas yg satu pertiga besarnya drpd ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~ penumpang sekali ganda drpd yg telah ditetapkan; 3. menjadikan padat, memampatkan, memejalkan: padatkan tanah dlm silinder itu dgn mengetuk-ngetuk; ~ air dgn mendinginkannya; padatan 1. Id pejal; 2. perihal padat (penduduk dll); kepadatan 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; pemadatan perbuatan memadatkan: Robert Boyle ialah orang yg pertama mempelajari ~ gas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beku | 1. pejal, keras (bkn benda cair): di kutub, air laut ~ sepanjang tahun; 2. ki kaku, tidak bergerak: yg ~ dan tidak selaras dgn zaman moden; bahasanya usang dan ~; modal utk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang; 3. ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak: parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan ~ sementara; ~ otak = ~ fikiran tidak mudah faham; membeku menjadi beku: darah yg keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~; membekukan 1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal: dlm masa seminggu sahaja, sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah; 2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dll) buat sementara: peminjaman wang utk membeli kereta telah dibekukan pd bulan lalu; ~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu; kebekuan perihal (keadaan) beku: keadaan ini boleh membawa kita keluar drpd ~ fikiran;pembekuan perihal atau perbuatan mem beku(kan): batu-batan di negeri-negeri yg berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya; pembeku bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah pejal | getah yg beku setelah dicampurkan bahan pembeku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
batu pejal | sj batu yg keras dan padat, granit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu pejal | batu besi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ban pejal | tayar yg tidak berangin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |