[pe.jal.wap] | ڤجلواڤ
Definisi : ; memejalwap (Kim) bertukar drpd keadaan pepejal kpd wap (gas); memejalwapkan menukarkan sesuatu drpd keadaan pepejal menjadi wap (gas) dgn memanaskannya; pemejalwapan proses memejalwap(kan): dua benda yg mengalami proses ~ ialah iodin dan ammonium klorida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.jal.wap] | ڤجلواڤ
Definisi : ; memejalwap ist bertukar drpd keadaan pepejal menjadi wap: Ais kering boleh ~. memejalwapkan ist menukarkan keadaan sesuatu drpd keadaan pepejal menjadi wap dgn memanaskannya (tanpa menjadi cecair terlebih dahulu). pemejalwapan proses memejalwap atau memejalwapkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)