pekat | 1 hampir beku (bkn benda cair); likat atau kental. 2 tidak jernih (bkn air); keras (bkn air kopi dll). memekatkan menjadikan pekat: Ibu ~ kuah itu dgn membubuh tepung sedikit. kepekatan keadaan pekat. pemekatan perbuatan atau proses memekatkan (cecair dsb). pemekat bahan utk memekatkan (cecair dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
krim | 1. cecair pekat atau kental berlemak yg berwarna kekuning-kuningan yg timbul di atas permukaan susu dan dijadikan sbg makanan; warna ~ warna kuning keputih-putihan; 2. bahan makanan yg lembut, pekat, dan manis yg berupa spt krim; ~ karamel pencuci mulut yg dibuat drpd telur, gula, susu, dll yg dibubuh karamel di atasnya; 3. bahan berubat yg pekat dan lembut spt krim yg digunakan utk melembutkan kulit, menyerikan rambut, dsb; ~ asas krim yg digunakan sbg asas utk mekap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
krim | 1 cecair pekat atau bahan yg agak kental yg berlemak dan berwarna kekuning-kuningan. 2 bahan yg pekat (spt yg digunakan sbg alat solek) yg disapukan pd kulit dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pekat | 1 hampir beku (bkn benda cair); likat atau kental. 2 tidak jernih (bkn air); keras (bkn air kopi dll). memekatkan menjadikan pekat: <i> Ibu ~ kuah itu dgn membubuh tepung sedikit. i> kepekatan keadaan pekat. | Kamus Pelajar |
pekat I | 1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk; penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid ~ asid yg kuat (tiada banyak bercampur air); 3. tidak jernih (air); 4. gelap atau kelam (warna dll); gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~ hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn percakapan, kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn kepercayaan pd cerita dongeng; memekat menjadi pekat: hitam malam kian ~; memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi; kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna; pemekatan perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn cecair dsb): ~ dgn penambahan gula, garam dan pengawet lain; pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan: biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah | 1 air pekat yg diperoleh dr berbagai-bagai jenis pokok: ~ jelutung; ~ nangka. 2 = pokok ~ nama sj pokok yg mengeluarkan cecair pekat spt susu; pokok para, Hevea brasiliensis; kebun ~; menanam ~. 2 = susu ~ cecair pekat spt susu yg diperoleh dr pokok getah: kerja-kerja memproses susu ~. 3 bahan kenyal yg dibuat drpd cecair spt susu yg diperoleh dr pokok getah (gunanya adalah utk membuat tayar, bola dll). 4 (sesuatu) yg dibuat drpd susu getah: kasut ~. ~ asap getah yg berkeping-keping yg diasapi. ~ asli getah yg diperoleh dr pokok getah. ~ berbunga getah keping yg telah dimesin supaya beralur-alur (utk mempercepat proses pengeringan). ~ buku (sekerap) sisa-sisa getah pd pokok getah atau yg dikumpulkan menjadi berbuku-buku. ~ cair susu getah yg tidak dibekukan. ~ kahwin (pokok) getah hasil drpd mengahwinkan dua jenis getah yg lain. ~ keping getah yg dibuat berkeping-keping. ~ kerintil getah yg berbutir-butir yg dibuat melalui proses khas di kilang. ~ krep getah yg rupanya spt renda atau berkerut-kerut (dibuat dgn memesin kepingan getah dgn kelajuan roda penggelek yg tidak sama). ~ neoprena getah yg tahan kena minyak atau petrol (baik utk digunakan dlm makmal). ~ pejal getah yg beku setelah dicampurkan bahan pembeku. ~ tiruan getah yg dibuat drpd campuran kimia. bergetah 1 ada getahnya: Ada pokok yg ~ dan ada yg tidak. 2 berasa melekat-lekat spt ada getahnya: ~ badannya kerana berpeluh. 3 ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan, cara berpakaian dsb, ttg wanita). menggetah 1 mencari getah di hutan dll. 2 menangkap burung dll dgn menggunakan getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
getah | 1. air pekat yg diperoleh dr berbagai-bagai jenis pokok: <i>~ jelutung; ~ nangka.i> 2. = <i>pokok ~i> nama sj pokok yg mengeluarkan cecair pekat spt susu; pokok para, <i>Hevea brasiliensis; kebun ~; menanam ~.i> 3. = <i>susu ~i> cecair pekat spt susu yg diperoleh dr pokok getah: <i>kerja-kerja memproses susu ~.i> 4. bahan kenyal yg dibuat drpd cecair spt susu yg diperoleh dr pokok getah (gunanya ialah utk membuat tayar, bola dll). 5. (sesuatu) yg dibuat drpd susu getah: <i>kasut ~.i> <i>~ asapi> getah yg berkeping-keping yg diasapi. <i>~ aslii> getah yg diperoleh dr pokok getah. <i>~ berbungai> getah keping yg telah dimesin supaya beralur-alur (utk mempercepat proses pengeringan). <i>~ buku (sekerap)i> sisa-sisa getah pd pokok getah atau yg dikumpulkan menjadi berbuku-buku. <i>~ cairi> susu getah yg tidak dibekukan. <i>~ kahwini> (pokok) getah hasil drpd mengahwinkan dua jenis getah yg lain. <i>~ kepingi> getah yg dibuat berkeping-keping. <i>~ kerintili> getah yg berbutir-butir yg dibuat melalui proses khas di kilang. <i>~ krepi> getah yg rupanya spt renda atau berkerut-kerut (dibuat dgn memesin kepingan getah dgn kelajuan roda penggelek yg tidak sama). <i>~ neoprenai> getah yg tahan kena minyak atau petrol (baik utk digunakan dlm makmal). <i>~ pejali> getah yg beku setelah dicampurkan bahan pembeku. <i>~ tiruani> getah yg dibuat drpd campuran kimia. bergetah 1. ada getahnya: <i>Ada pokok yg ~ dan ada yg tidak.i> 2. berasa melekat-lekat spt ada getahnya: <i>~ badannya kerana berpeluh.i> menggetah 1. mencari getah di hutan dll. 2. menangkap burung dll dgn menggunakan getah. | Kamus Pelajar |
kental | 1. (berkeadaan) antara cair dgn keras atau beku, hampir beku, sangat pekat (hingga tidak boleh mengalir spt air): setelah dipanaskan agak lama, benda ini menjadi ~ spt agar-agar yg separuh beku; 2. karib, akrab (bkn persahabatan); sahabat ~ sahabat karib; 3. teguh, kukuh, kuat: usaha-usaha ini memerlukan semangat yg ~ dan sanggup berusaha tanpa mengenal jemu; mengental menjadi kental (pekat), hampir membeku: bancuhan kuih dodol itu ~ setelah dipanaskan sambil dikacau beberapa lama; mengentalkan menjadikan kental, memekatkan (hingga tidak boleh mengalir spt cecair); ~ persahabatan mengukuhkan (mengaribkan) persahabatan; kentalan benda yg kental; kekentalan perihal kental, sifat (keadaan) kental; pengentalan perihal atau perbuatan mengental atau mengentalkan; pengental bahan (benda) yg mengentalkan: ~ susu getah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gumpal | 1. bongkah, bingkah, kepal (tanah, tembakau, dll): ekor arnab itu spt se~ kapas putih; 2. ketul (darah dll); 3. kepul (asap, awan); bergumpal 1. berkepal, berketul, berkepul: butirnya ~ melekat menyebabkan tanah men-jadi lembik; 2. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan; 3. bertukar drpd cecair menjadi pekat dan separuh pepejal (bkn cecair spt darah dsb), membeku: darah cepat ~ dlm suhu yg sejuk;bergumpal-gumpal berkepal-kepal, berketul-ketul, berkepul-kepul; menggumpalkan 1. mengepal dan merenyukkan; 2. menyebabkan bergumpal (menjadi pekat dan separuh pepejal): jus limau ~ susu; gumpalan 1. kepalan, genggaman; 2. ketulan (darah dsb): ~ darah;penggumpalan proses yg menyebabkan cecair, mis darah, bertukar menjadi pekat dan separuh pepejal: bahan Allicin berupaya menghalang ~ darah, meningkatkan aliran darah dan merendahkan tekanan darah; penggumpal (bahan) yg menyebabkan penggumpalan: vitamin K juga dikenali sbg agen ~ atau faktor pembekuan darah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah I | 1. cairan pekat yg keluar dr bermacammacam pokok: ~ jelutung; ~ rambung; 2. = susu ~ = ~ susu cairan yg keluar dr pokok para (atau pokok getah) terutamanya apabila ditoreh kulitnya; 3. bahan kenyal atau memberi yg dibuat drpd susu getah dll; ~ pemadam = ~ penggosok; kasut ~; tikar ~; 4. pokok para, Hevea spp.: ladang ~; menanam ~; 5. Id zat cair dr kelenjar tubuh: ~ bening; ~ lambung; ~ asap kepingan getah yg sudah diasap; ~ asli = ~ alam getah yg berasal drpd pokok para; ~ bening Id zat cair drpd darah yg mengandungi zat makanan; ~ buku = ~ sekerap = ~ tanah sisa susu getah yg sudah keras; ~ gebu getah yg berupa span (bunga kerang); ~ kahwin pokok getah yg diperoleh dgn jalan mengahwinkan pokok-pokok getah yg berlainan jenis; ~ keping getah yg berupa kepingan; ~ kerip getah keping yg menggerutu; ~ kilangan getah yg telah diproses di kilang; ~ lambung Id zat cair dlm perut utk pencernaan makanan; ~ serbuk getah yg berupa serbuk; ~ span = ~ busa getah yg dimasukkan gelembung-gelembung udara, biasanya digunakan utk membuat tilam dan kusyen; ~ taban = ~ perca getah drpd pokok dlm famili Sapotaceae, terutama drpd taban merah, Palaquium gutta, dan digunakan utk membuat bahan penebat kabel; ~ tiruan = ~ sintetik getah yg dibuat drpd campuran bahan kimia yg cirinya (spt kekenyalan dll) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan utk membuat paip, tayar, dll; ~-~ dibawa ke lalang prb orang yg pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yg bergaul dengannnya; ~-~ dibawa ke semak prb perkara yg semakin kusut; ~ meleleh ke pangkal, daun melayang jauh = daun dapat dilayangkan, ~ jatuh ke perdu juga prb anak sendiri lebih dikasihi drpd anak saudara; ~ terbangkit, kuaran tiba prb salah langkah (utk mencari keuntungan); berseleleran bagai ~ di lalang prb percakapan yg tidak berkesudahan dan tidak beraturan; ditakik ~ di daun prb hidup melarat; tak sama ~ daun dgn ~ batang prb kasih kpd anak kandung tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; tak sungguh ~ daun, yg sebenarnya ~ batang prb sejahat-jahat saudara kandung, lebih baikjuga drpd kerabat yg lain; bergetah 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita), seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll); menggetah 1. mencari getah: kawan-kawannya ~ ke hutan; 2. menangkap (burung dll) dgn getah: ~ punai; 3. menjadi spt getah;~ bawang ki perkataan dll yg menyakitkan hati; niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh; tergetah terkena getah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |