melipatgandakan | menggandakan berkali-kali; menjadikan berlipat ganda: Pekebun-pekebun kecil telah dpt ~ hasil getah mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemasaran | perihal atau perbuatan memasarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) penjualan hasil-hasil pertanian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelegaan | perihal lega, ketenteraman hati (fikiran dll): rancangannya itu akan mendatangkan ~ kpd pekebun-pekebun kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lipat ganda | menjadi banyak; berganda. berlipat ganda bertambah-tambah; berganda-ganda. melipatgandakan menggandakan berkali-kali; menjadikan berlipat ganda: Pekebun-pekebun kecil telah dpt ~ hasil getah mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kempen | (kémpén) segala usaha (kegiatan dan tindakan) yg dirancangkan dan dilaksanakan dgn menggunakan penerangan (rayuan dll) utk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll): jabatan tersebut akan memperhebat ~nya utk menyedarkan pekebun-pekebun kecil tentang pentingnya penanaman semula getah; ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi calon (parti politik) yg bertanding dlm sesuatu pilihan raya; berkempen melancarkan (menjalankan) kempen: pegawai penerangan parti itu sedang giat ~ membidas dasar-dasar ekonomi parti yg memerintah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekebun kecil | orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun secara kecil-kecilan; pengusaha kebun kecil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pekebun | orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun: ~ kecil orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun secara kecil-kecilan; pengusaha kebun kecil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pekebun kecil | pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekebun | orang yg memiliki atau yg mengurus kebun; ~ kecil pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekebun | orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun: ~ kecil orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun secara kecil-kecilan; pengusaha kebun kecil. | Kamus Pelajar |