Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.bu.han] | ڤلابوهن

Definisi : tempat kapal berlabuh, per­singgahan kapal, pangkalan kapal: sasaran yg pertama ialah kapal-kapal yg berlabuh di ~ Brunei; ~ alam pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok; ~ bebas pelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk; ~ udara Id padang kapal terbang, lapangan terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.bu.han] | ڤلابوهن

Definisi : tempat kapal berlabuh atau singgah; pangkalan kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labuh (adjektif)
Kata Terbitan : berlabuh, melabuhkan, pelabuhan,
Rujuk :panjang

Peribahasa

Anjing bercawat ekor.

Bermaksud :

Pergi atau menghindar kerana malu dan sebagainya. (Bandingkan dengan: Sepuluh jung [= kapal] masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bom III1. kayu memanjang di muka kereta (tempat lembu dll menarik kereta); 2. Id jambatan pelabuhan, pelabuhan.Kamus Dewan Edisi Keempat
syahbandarpegawai yg mengetuai pentadbiran pelabuhan, ketua pelabuhan; Datuk S~ gelaran salah seorang Orang Besar Berempat di Pahang.Kamus Dewan Edisi Keempat
bum IIIB 1. kayu palang penutup pelabuhan; 2. pelabuhan.Kamus Dewan Edisi Keempat
syahbandarpegawai negeri yg mengurus hal-ehwal pelabuhan; kepala pelabuhan.Kamus Pelajar
syahbandarpegawai negeri yg meng­urus hal ehwal pelabuhan; kepala pelabuhan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemalimanoperasi (khidmat, tugas dsb) mengemudikan kapal masuk ke pelabuhan atau keluar dr pelabuhan yg dilakukan oleh malim: pengendalian pelabuhan itu meliputi perkhidmatan kargo, kontena dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelabuhan entrepotpelabuhan yg menjadi pusat perdagangan utk import, eksport, pengumpulan dan pengagihan barang-barang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelabuhan bebaspelabuhan yg tidak mengenakan cukai atas barang-barang yg keluar masuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelabuhan bebaspelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
pelabuhan alampelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas