Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelajaran 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kuliahAr 1. pelajaran yg disampaikan secara bersyarah (berpidato) oleh mahaguru atau pensyarah di universiti atau maktab, syarahan: setengah-setengah mahasiswa sibuk mencatat beberapa perkara yg dikemukakan dlm ~nya; bilik ~ bilik tempat menyampaikan ku­liah; 2. ceramah agama: ~ subuh; 3. fakulti yg terdapat di sesetengah universiti; 4. ark sj maktab atau sekolah tinggi; ~ guru maktab guru; berkuliah memberi kuliah, bersyarah (utk menyampaikan ilmu pengetahuan).Kamus Dewan Edisi Keempat
kaji I1. pelajaran (agama dll); ~nya masih rendah bacaan Qurannya masih sedikit; 2. cabang ilmu pengetahuan, pengetahuan atau penyelidikan (mengenai sesuatu); pendek ~ pendek kata, pendeknya; putus ~ sudah mengambil keputusan tetap (tidak boleh berubah lagi); ~ selidik kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik utk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dgn nyata; lancar ~ kerana diulang, pasar jalan kerana diturut prb kepandaian (kemahiran) diperoleh kerana dibiasakan mengerjakannya; sukar ~ pd orang alim, sukar wang pd orang kaya prb Mn orang berilmu tidak mudah atau cepat memutuskan sesuatu masalah atau membuat sesuatu keputusan dan orang kaya pula tidak mudah mengeluarkan wang kalau tidak mendatangkan keuntungan; mengaji 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesai­kan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; mengajikan membaca Quran utk (orang yg telah mati); mengkaji menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu; terkaji dapat diselidiki (diperiksa, diduga); tidak ~ tidak dapat diselidiki, tidak terduga; kajian 1. kegiatan (usaha, proses) mengkaji; ~ kes kajian tentang sesuatu isu (institusi, orang dsb) berdasarkan data, maklumat dsb terperinci yg dikumpulkan dlm jangka masa tertentu; 2. = pengajian; pengajian 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjem-put Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pe­ngajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pem­belajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video; pengkajian perihal mengkaji, penelitian, penyelidikan: ~ dan penilaian karya-karya sastera; ~ utk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan; pengkaji (orang) yg mengkaji: ~ sastera Melayu moden; ~ cuaca.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaji1 pelajaran ttg agama. 2 cabang ilmu pengetahuan. ~ bintang ilmu ttg hal angkasa (keadaan atau pergerakan bintang, planet dsb); ilmu falak. ~ bumi ilmu ttg sejarah bumi (susunannya, pembentukannya dll) sebagaimana yg dpt dilihat pd kerak bumi, batu-batan dll. ~ cuaca ilmu ttg pergerakan dan perubahan udara terutama utk meramalkan cuaca. ~ daya a. ilmu ttg pergerakan dan tindakan daya pd benda-benda. b. ilmu ttg jentera: ~ daya kuasa ilmu ttg jentera (mesin) yg mengeluarkan daya sawat. ~ haiwan ilmu ttg binatang atau haiwan dan kehidupannya. ~ hayat ilmu ttg hidup-hidupan (tumbuh-tumbuhan dan haiwan). ~ kuman ilmu ttg kuman dan hubungannya dgn perubatan, industri dan pertanian. ~ penyakit ilmu ttg jenis, akibat dan sebab berlakunya penyakit. ~ purba kajian ttg benda atau tinggalan purba, terutamanya dr zaman prasejarah. ~ teknik ilmu ttg pengetahuan industri; teknologi. mengaji 1 membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. mengkaji menyelidik dan memeriksa sesuatu dgn teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~ hal angkasa, bintang, dan planet. mengajikan membaca Quran utk orang yg telah mati. terkaji dpt diselidik atau disiasat. kajian hasil drpd mengkaji sesuatu. ~ kes kajian ttg sesuatu isu, institusi, orang dsb berdasarkan data atau maklumat terperinci yg dikumpulkan dlm masa tertentu. pengajian 1 perbuatan atau hal mengaji. 2 cabang ilmu pengetahuan; pelajaran; pengetahuan: ~ ttg hal kuman disebut kaji kuman. ~ jarak jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video. pusat ~ tinggi universiti; institusi pengajian yg sama tarafnya dgn universiti. pengkajian perbuatan atau hal mengkaji; penyelidikan. pengkaji orang yg mengkaji: ~ bahasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menelaah1. mengkaji semula (mengulang) pelajaran: Ani maju dlm pelajaran disebab­kan dia rajin ~; 2. memeriksai, meneliti, menyelidiki: ia berhati-hati ~ petanya dgn menentukan haluan dgn kompas itu; 3. menilik, menelah, meramalkan (nasib dll): dia ~ bahawa peperangan di Vietnam akan tamat pd tahun depan;Kamus Dewan Edisi Keempat
telaahpenilikan, pemeriksaan, penelitian, penye-lidikan; menelaah 1. mengkaji semula (mengulang) pelajaran: Ani maju dlm pelajaran disebab­kan dia rajin ~; 2. memeriksai, meneliti, menyelidiki: ia berhati-hati ~ petanya dgn menentukan haluan dgn kompas itu; 3. menilik, menelah, meramalkan (nasib dll): dia ~ bahawa peperangan di Vietnam akan tamat pd tahun depan; penelaahan perbuatan atau proses menelaah: terserahlah kpd generasi kita kini utk melaku-kan ~ intelektual dan pentafsiran sejarah yg mendalam; penelaah orang yg menelaah: dia seorang pemerhati dan ~ yg rajin; mutalaah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelajaran1. segala sesuatu yg dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yg diperoleh): mereka diseru supaya menggunakan ~ yg ada pd mereka utk faedah masyarakat; 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan): beberapa orang pelajar dr sekolah tersebut akan melanjutkan ~ mereka di luar negeri; 3. yg berkaitan dgn pengajaran ilmu pengetahuan: masalah ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
vakIB 1. mata pelajaran; 2. kecekapan yg khusus tentang sesuatu (pekerjaan dll), ke­juruan, ke-mahiran.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengajian1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjemput Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pem­belajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video;Kamus Dewan Edisi Keempat
kaji1. pelajaran ttg agama. 2. cabang ilmu pengetahuan. ~ bintang ilmu ttg hal angkasa (keadaan atau pergerakan bintang, planet dsb); ilmu falak. ~ bumi ilmu ttg sejarah bumi (susunannya, pembentukannya dll) sebagaimana yg dpt dilihat pd kerak bumi, batu-batan dll. ~ cuaca ilmu ttg pergerakan dan perubahan udara terutama utk meramalkan cuaca. ~ daya a. ilmu ttg pergerakan dan tindakan daya pd benda-benda. b. ilmu ttg jentera: ~ daya kuasa ilmu ttg jentera (mesin) yg mengeluarkan daya sawat. ~ haiwan ilmu ttg binatang atau haiwan dan kehidupannya. ~ hayat ilmu ttg hidup-hidupan (tumbuh-tumbuhan dan haiwan). ~ kuman ilmu ttg kuman dan hubungannya dgn perubatan, industri dan pertanian. ~ penyakit ilmu ttg jenis, akibat dan sebab berlakunya penyakit. ~ teknik ilmu ttg pengetahuan industri; teknologi. mengaji 1. membaca Quran:Budak itu sudah khatam ~. 2. belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. mengkaji menyelidik dan memeriksa sesuatu dengan teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~ hal angkasa, bintang, dan planet. mengajikan membaca Quran utk orang yg telah mati. terkaji dpt diselidik atau disiasat. kajian hasil drpd mengkaji sesuatu. pengajian 1. perbuatan atau hal mengaji. 2. cabang ilmu pengetahuan; pelajaran; pengetahuan: ~ ttg hal kuman disebut kaji kuman. pusat ~ tinggi universiti; institusi pengajian yg sama tarafnya dgn universiti. pengkajian perbuatan atau hal mengkaji; penyelidikan. pengkaji orang yg mengkaji: bahasa.Kamus Pelajar
darjah1. tingkatan atau peringkat pelajaran di sekolah rendah: adik saya bersekolah baru dlm ~ tiga; 2. paras (utk menunjukkan tinggi rendahnya sesuatu keadaan, pencapaian dll), peringkat, tingkatan, taraf: pembangunan ekonomi utk meninggikan ~ kehidupan rakyat; ~ mutu yg dicapai; 3. satuan atau unit ukuran (sudut, suhu) yg dilambangkan dgn tanda ° selepas angka: satu sudut tepat mempunyai 90 ~ (90°); air membeku pd suhu 0 ~ Centigrade (0°C) atau 32 ~ Fah­renheit (32°F); 4. ark darjat (taraf kedudukan dlm masyarakat); berdarjah 1. berkelulusan (darjah tertentu), sudah mencapai peringkat pelajaran (di sesuatu darjah tertentu): jawatan tersebut memerlukan orang yg ~ sembilan; 2. ark = berdarjah-darjah berdarjat(-darjat), ber­taraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): orang-orang Melayu masih ~ kedudukan mereka dlm masyarakat.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas