pelaku | 1 orang yg melakukan (mengerjakan) sesuatu. 2 yg melakukan sesuatu perbuatan (dlm ayat). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelaku | 1. orang yg membuat sesuatu perbuatan (kerja dll), orang yg melakukan sesuatu: orang yg bersubahat dgn ~ jenayah itu pun bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yg sama; 2. (Lin) orang yg mengerjakan sesuatu perbuatan (dlm ayat), pembuat; 3. orang yg berlakon, pelakon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelaku | 2 yg melakukan sesuatu perbuatan (dlm ayat). | Kamus Pelajar |
pelaku | 1 orang yg melakukan (mengerjakan) sesuatu. | Kamus Pelajar |
pelaku | 1. orang yg melakukan (mengerjakan) sesuatu. 2. yg melakukan sesuatu perbuatan (dlm ayat). | Kamus Pelajar |
laku | pelaku | Kamus Pelajar |
memperwatakkan | membentuk watak (seseorang pelaku dlm cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah bahawa kejadian-kejadian dlm drama “Tamu di Bukit Kenny” tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg diperwatakkan sbg manusia yg agak baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
monodrama | karya drama yg dituliskan utk seorang pelaku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
-wan | akhiran asing 1. orang yg ahli (atau pelaku) dlm sesuatu bidang pekerjaan atau tugas, mis angkasawan, sejarawan dan pustakawan; 2. orang yg memiliki sesuatu sifat atau kepunyaan, mis hartawan, ilmuwan, jutawan dan dermawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oleh /oléh/ I | 1 kata sendi utk menunjukkan pelaku dlm ayat pasif: Daerah itu telah ditawan ~ musuh. 2 sebab; akibat: Orang itu mati ~ penyakit kepialu. 3 kepada; bagi: Tampak ~nya seorang tua berjalan-jalan. 4 dengan: Bakul itu sarat ~ buah-buahan. beroleh mendapat atau menerima sesuatu: Beliau telah ~ anak lelaki. memperoleh mendapat atau mencapai sesuatu dgn usaha: Kita telah ~ kemerdekaan tanpa menumpahkan darah setitik pun. perolehan 1 sesuatu yg diperoleh; hasil; pendapatan. 2hal beroleh. pemerolehan hal atau cara memperoleh. | Kamus Pelajar |