pelangkahan | 1. perihal melangkah (melangkahi, melangkahkan); 2. = pelangkah permulaan sesuatu pekerjaan (pelayaran, tindakan, dll): menurut ilmu ~, ini alamat buruk; pd kali ini, barulah pelangkahnya betul kerana waktu ia sampai, bapanya sudah balik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langkah | 1. gerak kaki ketika berjalan (ke hadapan atau ke belakang): pasangan suami isteri itu pun berjalan pulang dgn ~ yg berat; 2. jarak di antara dua belah kaki ketika berjalan: ada kira-kira lima ~ ia meninggalkan tangga rumah, ia berhenti; 3. cara mengerjakan sesuatu, sesuatu yg dikerjakan, perbuatan: sejak tadi lagi kuketahui dan kuawasi ~nya; 4. awal perbuatan (perjalanan, pekerjaan, dll); ~ baik (buruk) permulaan yg baik (buruk); ~ bendul a) berkahwin dahulu drpd kakak; b) memperisteri adik sedangkan kakaknya belum berkahwin; ~ gelombang dua belas nama gerak dlm pencak silat; ~ kanan mujur; ~ kiri sial (tidak beruntung); ~ surut undur (langkah ke belakang); mengangkat (membuka, mengambil) ~ seribu cabut lari (kerana takut dll); melangkah, berlangkah 1. menggerakkan langkah, mengayunkan langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2. memulai perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. = melangkahi; 4. tidak mengikut susunan, melangkau: dilangkahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark melalui, menempuh: ~ lautan; melangkahi 1. melampaui, melangkaui: ia terus ~ tangga; 2. melanggar, tidak mengikut tatatertib (peraturan dll), menyalahi: perbuatan spt itu dianggap telah ~ adat Melayu; adat bermain pantai itu sudah menjadi adat pusaka yg tak boleh dilangkahi lagi; ~ bendul langkah bendul; ~ laki bermukah (bkn perempuan yg sudah bersuami); melangkahkan 1. menggerakkan langkah, menggerakkan kaki kerana berjalan: dia ~ kakinya mundar-mandir mengelilingi Kota Melaka; 2. memulakan perjalanan atau pelayaran (perahu dll); langkahan hasil perbuatan melangkah: harimau itu berhenti drpd meneruskan ~ kakinya; kelangkahan 1. suami yg isterinya berlaku curang; 2. didahului adiknya berkahwin, kelampauan; 3. Jk dilangkahi atau dilalui; pelangkahan 1. perihal melangkah (melangkahi, melangkahkan); 2. = pelangkah permulaan sesuatu pekerjaan (pelayaran, tindakan, dll): menurut ilmu ~, ini alamat buruk; pd kali ini, barulah pelangkahnya betul kerana waktu ia sampai, bapanya sudah balik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |