pelatih | 1 orang yg melatih (mengajar, mendidik): ~ bola keranjang. 2 orang yg dilatih atau yg sedang menerima latihan: jururawat ~ jururawat yg sedang berlatih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelatih | 1. orang yg melatih (mendidik, mengajar) supaya mahir; ~ bola sepak; 2. orang yg sedang menerima latihan; doktor ~ doktor yg masih menjalani latihan praktikal (di hospital). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelatih | 1. orang yg melatih (mengajar, mendidik):~ bola keranjang. 2. orang yg dilatih atau yg sedang menerima latihan:jururawat ~ jururawat yg sedang berlatih. | Kamus Pelajar |
guru | 1. orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh: ~ pelatih; ~ pelawat; 2. pemimpin agama Hindu; ~ bantu Id pembantu guru; ~ besar = ~ kepala = ~ ketua guru yg mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah; ~ latihan normal guru yg bukan lepasan maktab atau universiti; ~ lepasan maktab guru yg terlatih di maktab; ~ pelatih pelajar-pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; ~ pelawat pegawai pendidikan yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah (bangunan, pelajar, guru, dll), nazir sekolah; ~ penolong guru yg kanan selepas guru besar; ~ kencing berdiri, murid kencing berlari prb kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dlm hal yg tidak baik); berguru 1. belajar: sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang utk menggantikan tempat Awang; 2. berlaku (bertindak) spt guru; ~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi prb ilmu yg tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya; bergurukan menjadikan seseorang sbg guru: dia ~ al-Guwaini yg dikenal dgn gelaran Imam al-Haramain; keguruan hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi guru, atau tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; martabat profesion ~ harus dipertahankan; perguruan 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa; 4. hal yg berkaitan dgn berguru: gelanggang ~ mereka tidaklah begitu jauh; izinkanlah saya menamatkan ~ saya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guru pelatih | pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
doktor pelatih | doktor yg masih menjalani latihan praktikal (di hospital). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guru pelatih | pelajar-pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rekrut | /rékrut/ pelatih atau orang yg baru dlm pasukan tentera atau polis (terutamanya yg berpangkat rendah). merekrut mengambil sbg rekrut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rekrut /rékrut/ | pelatih atau orang yg baru dlm pasukan tentera atau polis (terutamanya yg berpangkat rendah). | Kamus Pelajar |
lerleng | (lérléng) IB pegawai pelatih (orang yg dlm latihan): lepas dr sekolah, dia masuk sekolah pelayaran, kemudian jadi ~ atau calon pegawai enam tahun penuh dgn rajinnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |