pelerai | 1 orang yg meleraikan (perkelahian dll). 2 ubat dll yg digunakan supaya terhindar drpd penyakit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelerai demam | a) ubat yg menyembuhkan penyakit; b) ki anak atau kekasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelerai | 1. orang yg meleraikan (orang berkelahi dll), benda (ubat dll) yg menghindarkan penyakit dll: dipadankan sahaja rambut itu akan dijadikan tangkal dan azimat, dijadikan ubat jerih ~ demam; 2. (alat) utk memisahkan biji drpd tangkai: jentera ~ lada hitam; ~ demam a) ubat yg menyembuhkan penyakit; b) ki anak atau kekasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelerai(resolver) | 1. Peranti yang berfungsi memecahkan nilai atau benda kepada unsur-unsurnya. 2. Bahagian kecil dalam ingatan utama yang mempunyai masa capaian yang lebih pantas daripada bahagian ingatan lain. | Kamus Komputer |
ubat pelerai demam | buah hati, kekasih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubat jerih pelerai demam | ki buah hati (anak yg dikasihi dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jurupisah | Id pelerai, penegah, wasit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juara I | 1. pemimpin dan pelerai di gelanggang sabung, juruadu; ~ ayam jurusabung (yg menjaga serta melatih) ayam; 2. orang yg memimpin sesuatu majlis jamuan dll; 3. johan (dlm pertandingan dll): ~ Piala Thomas; ~ anggar johan permainan anggar; ~ bersama pemenang yg menjadi johan bersama dgn pemenang lain (kerana kedua-duanya mendapat mata dsb yg sama); ~ bertahan = ~ menanti orang yg memegang sesuatu kejohanan dan kini bertanding utk mempertahankan kejohanannya; ~ dikir Kl tukang karut dan tukang lagu dlm dikir barat; 4. ahli dlm sesuatu permainan dll: dia memang ~ fasal pakaian; 5. orang kedua penting dlm persembahan dikir barat yg tugasnya memulakan dikir barat dlm keadaan duduk dan diikuti oleh awak-awak; adat ~ kalah menang prb dlm setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi); bersahabat dgn ~, selilit benang bulang tahu juga prb kalau bercampur dgn orang jahat akhirnya kita menjadi jahat pula; menjuarai 1. menjadi juara, menjadi johan: kali terakhir Malaysia ~ Piala Thomas ialah pd tahun 1992 di Kuala Lumpur; 2. memperjuangkan (mempertahankan, menyokong, dsb) dgn sesungguhnya: terlampau ramai ahli politik yg terpaksa ~ kepentingan kaum sendiri; dia pun telah menjadi pengusaha dan pedagang di samping mengaku menjadi orang politik yg seratus peratus ~ nasib rakyat; kejuaraan 1. kehandalan (dlm sukan dll), keunggulan; 2. pertandingan utk menentukan johan, kejohanan: pasukan Selangor telah memenangi ~ bola sepak Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubat jerih | a) upah yg diberikan, dalal; b) = ~ pelerai demam buah hati, kekasih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penengah | 1. yg terletak di tengah-tengah; 2. perantara, pelerai, pendamai (dlm perselisihan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |