pelesit | 1 sj belalang kecil. 2 hantu yg kononnya suka menghisap darah (biasanya merupakan diri sbg belalang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelesit I | 1. sj belalang kecil, belalang bajang; 2. sj hantu yg suka menghisap darah atau memakan mayat kanak-kanak (selalu merupakan diri sbg belalang); ~ dua sejinjang prb perempuan yg menduakan lakinya; ~ dua sekampung prb lelaki yg membuat adik ipar sbg isterinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelesit | 1 sj belalang kecil. 2 hantu yg kononnya suka menghisap darah (biasanya merupakan diri sbg belalang). | Kamus Pelajar |
membela | 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jinjang | 1. = jinjangan sl ketua (hantu dll); 2. sl badan yg dimasuki hantu; 3. sl pawang yg menguasai hantu; 4. sl orang yg mengiringi (menemani) utusan raja; pelesit dua se~ perempuan yg berlaki dua; jinjangan tua dan jinjangan muda kedua-dua orang yg mengiringi utusan raja; berjinjang; hantu tidak ~ a) hantu yg tidak mempunyai pemimpin (ketua); b) ki orang yg berkeliaran di mana-mana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bela | ; berbela terpelihara, berjaga: misainya tidak ~;berbelakan sl memeliharakan, menyelamatkan: maka orang pun semuanya datanglah ~ harta dlm istana; membela 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll; terbela dibela: harta itu tidak ~ drpd bahaya api;teperbela sl dapat dibela (dgn sungguh-sungguh): maka kenaikan ayah hamba pun tiada ~ lagi;belaan yg dibela (orang, binatang, dll), peliharaan: kerbau itu ~ jiran saya; aku tinggal anak-beranak seramai tujuh orang dan seorang anak ~;kebelaan sl belaan, yg dibela: segala raja akan ditanyai Allah drpd segala ~nya, drpd segala rakyatnya; pembelaan perihal membela, pemeliharaan; pembela orang yg membela: ~ itik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |