peletak | tempat meletakkan: keping papan lebar tempat ~ neraca ini dinamakan andas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
letak | duduknya (sesuatu benda dll), kedudukan, tempatnya: ia membetul-betulkan ~ cawan kopi di atas dulang yg ditatangnya; ~nya bandar Kuala Kangsar tidak berapa jauh dr bandar Taiping; meletak Mn menghantar, menaruh, memberi, menempatkan pd; ~ beras menjerang nasi; ~ kata menyusun kata-kata; ~ mata memandang kpd; ~ nasi menghidang nasi dll utk menjamu hantu; ~ tanda memberi tanda (spt cincin dll) kpd pihak pengantin perempuan; meletakkan 1. menempatkan (pd), mengenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawalan pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiahkan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetapkan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; terletak 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di), terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd, terdapat pd; 2. (telah) diletakkan; biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll; peletakan perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan senjata; peletak tempat meletakkan: keping papan lebar tempat ~ neraca ini dinamakan andas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |