peletupan | perbuatan, hal dsb meletup atau meletupkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peletupan | perihal atau perbuatan meletupkan, peledakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peledakan | perbuatan meledak atau meledakkan sesuatu; peletupan: Dia ditangkap kerana turut terlibat dlm ~ bank tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
letup | ; meletup pecah yg disertai bunyi yg kuat; meletus; meledak: Tayar keretanya ~ di tengah jalan. meletupkan menjadikan meletup: Budak nakal itu sengaja ~ belonnya. letupan bunyi meletup; letusan; ledakan: ~ meriam itu terdengar hingga ke kampung kami. bahan ~ bahan yg dpt meletup (spt ubat bedil). peletupan perbuatan, hal dsb meletup atau meletupkan. peletup alat dsb yg dpt menyebabkan sesuatu meletup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ledak | ; meledak 1 pecah dan meletup dgn kuat; meletus: Bom yg dijatuhkan oleh kapal terbang itu telah ~ betul-betul di tengah kota. 2 terbit (peperangan, perkelahian dll): Peperangan dunia kedua mula ~ dlm tahun 1939. meledakkan 1 menjadikan meledak; meletupkan; meletuskan: Mereka telah ~ tempat simpanan peluru musuh. 2 menyebabkan terbitnya sesuatu hal (peperangan dll). ledakan 1 bunyi drpd sesuatu yg meledak. 2 kejadian meledak; letupan; letusan: Semasa berlaku ~ gunung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama dgn benda-benda lain. peledakan perbuatan meledak atau meledakkan sesuatu; peletupan: Dia ditangkap kerana turut terlibat dlm ~ bank tsb. peledak alat yg meledakkan (bom, dinamit dsb). bahan ~ bahan yg dpt meledak (spt ubat bedil). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
letup I | bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll): sekali ~ tiga degumnya; letup-letup sj permainan kanak-kanak (belon getah, bedil buluh, dll); meletup pecah dan berbunyi spt bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll), meledak, meletus: kami belum lagi tahu bahawa bom yg ~ itu datangnya dr kapal terbang Jepun; ~ di sana, di sini bunyinya prb orang lain yg bersalah lain pula orang yg menanggung akibatnya; meletupkan menjadikan meletup, meledakkan: maka tuan puteri Dayang Nuramah pun ~ istinggar; letupan 1. bunyi meletup, ledakan, letusan: satu ~ kuat terdengar membelah malam; 2. = bahan ~ bahan ledakan: sampan itu berisi ~ yg disangkutkan pd sebuah bom waktu; 3. perihal meletup: bunyi ~ bom dan senapang berjentera tidak berhenti; 4. (Lin) bunyi konsonan spt letupan yg dihasilkan dgn menutup saluran udara dan kemudian melepaskannya dgn tiba-tiba, mis /p/ dlm pasu; peletupan perihal atau perbuatan meletupkan, peledakan; peletup alat utk meletupkan sesuatu bahan letupan; detup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |