pelicinan | perbuatan atau hal melicinkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelicinan | perihal (proses) melicinkan sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelicinan(smoothing) | Teknik mengurangkan kesan ralat rawak atau hingar dalam data atau isyarat untuk menjanakan lengkuk yang licin di antara dua titik. | Kamus Komputer |
pelicinan eksponen(exponential smoothing) | Pelicinan graf secara berterusan bagi data berpemberat yang dilakukan secara eksponen mengikut masa. | Kamus Komputer |
licin | 1 sama rata atau tidak menggerutu permukaannya: Mukanya ~ spt telur dikupas. 2 dpt menggelincirkan (kerana berlendir atau berminyak): Dia terjatuh di bilik air kerana lantainya ~. 3 tidak ditumbuhi apa-apa (spt kepala yg botak). 4 habis sama sekali; tidak bersisa sedikit pun: Wangnya ~ dicuri orang. 5 pandai melepaskan diri (drpd sesuatu kesalahan); pandai memutarbelitkan perkataan orang; pandai menipu. 6 lancar (bkn perjalanan dll); tidak tergendala: Perusahaan membuat kain itu berjalan dgn ~. ~ licau sangat licin; licin sekali. melicinkan 1 menjadikan licin (dgn membubuh minyak, mengetam dll). 2 menjadikan (menyebabkan rancangan dsb) berjalan lancar; melancarkan: Berbagai-bagai langkah akan diambil utk ~ perjalanan syarikat itu. kelicinan 1 keadaan licin atau keadaan tidak menggerutu. 2 kepandaian menipu atau melepaskan diri drpd sesuatu: ~ perompak-perompak menyembunyikan diri telah menyukarkan pihak polis. 3 hal berjalan dgn lancar (ttg sesuatu jabatan, pertubuhan dsb); kelancaran. pelicinan perbuatan atau hal melicinkan. pelicin benda (minyak dll) yg digunakan utk melicinkan perjalanan jentera dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
licin I | 1. tidak kesat (rambut yg disapu minyak dsb), berlendir (menyebabkan mudah tergelincir): rambutnya disisir ~; 2. tidak menggerutu (cermin, kaca, dll), sama rata (sesuatu permukaan dll), halus; 3. tidak ditumbuhi apaapa (kepala yg botak, betis yg tidak berbulu, dll); 4. ki habis sama sekali (harta dll), habis langsung; 5. pandai menipu atau memperdaya (orang lain), pandai memutarbelitkan perkataan orang, licik: apa yg kita mahu ialah satu tipu muslihat yg ~ spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam; 6. pandai melarikan diri (pencuri, penyeluk saku, dll), tidak mudah tertangkap: pencuri yg ~; 7. tidak tergendala (perjalanan, sesuatu kerja, dll), berjalan lancar: perniagaannya berjalan dgn ~; ~ (ber)dalik Kl tidak ada lagi yg tinggal (harta), habis langsung; ~ kening = ~ dahi manis muka (perempuan); ~ lecat terlalu licin; ~ licau licin sekali, safan-safa; ~ moner Kl tidak ada yg tertinggal lagi (harta, wang, dll); ~ tandas habis, tidak berbaki lagi (wang dll); ~ bagai basuh perahu prb menderita kerugian; melicinkan 1. menjadikan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): gunakan minyak kelapa hijau yg dimasak harum utk ~ rambut; 2. menjadikan sesuatu (permukaan) licin (dgn mengetamnya dsb): dia menggosok kemejanya utk ~nya; 3. menjadikan (menyebabkan sesuatu rancangan dsb) berjalan dgn lancar, melancarkan: mereka mengambil semua langkah bagi ~ perjalanan upacara itu; memperlicin menjadikan lebih licin: ~ perjalanan pemerintahan; kelicinan 1. perihal atau keadaan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): ~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku; 2. perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak menggerutu, dsb): ~ pipi yg empuk akan hilang apabila tua; 3. perihal (keadaan dsb) berjalan dgn licin (lancar), kelancaran: ~ pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik dicampuradukkan dgn tugas sehari-hari; 4. kepintaran (menipu atau memperdaya orang lain), perihal licin (dlm perlakuan atau tindak-tanduknya): kecurangan Tuai Kancu yg menipu anak-anak buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang drpd jalan yg mudah; pelicinan perihal (proses) melicinkan sesuatu; pelicin benda (minyak, sabun, dll) yg digunakan utk melicinkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |