Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.li.hat] | ڤليهت

Definisi : orang yg pandai meramal atau menilik apa yg akan berlaku (terjadi dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pelihatorang yg pandai meramal atau menilik apa yg akan berlaku (terjadi dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
lihatpandang, tengok; salah ~ salah (silap) pandang; berlihat-lihatan saling memandang, berpan­dang-pandangan; melihat 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; melihat-lihat melihat sesuatu secara santai, sambil lalu, bersenang-senang dsb: kemudian aku duduk sambil ~ apa yg terdapat di dlm bilik baginda itu; kami mengambil peluang utk ~ sekitar kawasan pondok yg menempatkan pelajar lelaki itu; melihati memerhati dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh, mengamat-amati: panjat olehmu, lihati apa halnya mayang itu; melihatkan melihat akan, memandang kpd: ia berasa sedih ~ ibunya bekerja keras; memperlihatkan 1. menunjukkan supaya dilihat: Bonda Kandung mulai makan hati berulam jantung, makin tidak kuasa ~ muka kpd orang; 2. menampakkan, menunjukkan, mendedahkan kpd pandangan atau tanggapan orang: drpd raut mukanya, ternyata Tengku Aniah tidak ~ umurnya yg sebenar; dunia abad ke-20 ~ kemajuan ilmu yg sangat pesat; terlihat 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling; lihatan apa yg dilihat: pengalaman yg di­tempuh dinyatakan melalui imej rasaan dan ~; ~nya dlm kegelapan itu berpusar dan terus berpusar; kelihatan 1. dapat dilihat, tampak: hari itu redup dan muram, matahari belum ~ sejak empat jam tadi; 2. = kelihatannya nampak­nya, pd lahirnya, rupanya: Datuk Empat Ujang ~ termenung; 3. diketahui, jelas, ternyata: ~ benar apa tujuannya; pelihatan, penglihatan 1. kuasa (panca­indera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu; pelihat orang yg pandai meramal atau menilik apa yg akan berlaku (terjadi dll); penglihat 1. = penglihatan kuasa (panca­indera) utk melihat; 2. orang yg pandai meramal (menilik dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas