pelik | 1 tidak biasa atau tidak lazim dilihat; aneh; ganjil: barang yg ~-~. 2 tidak mudah difahami; susah; rumit: perkataan yg ~-~. 3 berasa hairan: Saya ~ memikirkan bagaimana perkara itu boleh berlaku. memelikkan menyebabkan (berasa) pelik; menganehkan; menghairankan. kepelikan keadaan pelik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hairan | 1. berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu, takjub, kagum: ~ saya melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul dgn berbagai-bagai bentuk dan corak; 2. aneh, ajaib, pelik, ganjil: ~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawaban kpd masalah itu dgn begitu pantas; ~ bin ajaib aneh sekali, sungguh aneh; menghairani berasa hairan terhadap, mengagumi: sekali lagi ia ~ segala apa yg hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolah-olah telah diketahuinya terlebih dahulu; menghairankan menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil): kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~; keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~; terhairan-hairan berasa sungguh hairan, tercengang-cengang (kerana hairan): berdirilah dia di situ ~; kehairanan 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia tercengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihiraukan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelik | 1 tidak biasa atau tidak lazim dilihat; aneh; ganjil: <i>barang yg i>~-~. 2 tidak mudah difahami; susah; rumit: <i> perkataan yg ~-i>~. 3 berasa hairan:<i> Saya ~ memikirkan bagaimana perkara itu boleh berlaku. i> memelikkan menyebabkan (berasa) pelik; menganehkan; menghairankan. kepelikan keadaan pelik. | Kamus Pelajar |
pelik I | 1. aneh, ganjil, tidak biasa (lazim): barang-barang yg dibawanya ~-~; cerita itu penuh dgn hal yg ~-~; 2. sukar, sulit: perkataan yg ~-~; pertanyaan yg ~; 3. penting: perkara yg ~; memelikkan menganehkan, menghairankan: itulah yg ~ teman-teman sepejabat; kepelikan 1. perihal pelik, keanehan, keganjilan; 2. kesukaran, kesulitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepelikan | 1. perihal pelik, keanehan, keganjilan; 2. kesukaran, kesulitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajaib | 1. sangat menghairankan, aneh, ganjil, pelik (luar biasa atau jarang terdapat dsb): suatu kejadian yg sungguh ~; barang-barang ~; 2. sl sesuatu yg menghairankan, sesuatu yg aneh (luar biasa); ~-khanah muzium; mengajaibkan 1. menimbulkan rasa hairan, menghairankan, menakjubkan: kejadian itu sungguh ~; 2. menganggap (memandang sbg) ajaib: tak guna ~ kuasa Tuhan; keajaiban 1. sifat (keadaan dsb) ajaib, keganjilan, keanehan, keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya menyaksikan bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganjil | 1. ajaib, aneh, pelik: kelakuannya agak ~ akhir-akhir ini; 2. tidak genap (bilangan), gasal: nombor bulat yg bukan nombor genap dinamakan nombor ~;mengganjil berlaku ganjil (lain drpd biasa): dia itu selalu ~ saja drpd orang lain;mengganjilkan 1. menjadikan ganjil (tidak genap, ajaib, aneh, dsb); 2. membuat orang menganggap aneh (ajaib dll): pakaiannya yg sungguh ~; keluar tak ~ masuk tak menggenapkan prb hal (orang) yg tidak mendapat perhatian dlm masyarakat; keganjilan perihal ganjil, keanehan, keajaiban. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hairan | berasa pelik atau aneh kerana melihat atau mendengar sesuatu yg luar biasa; takjub: Saya ~ melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul berbagai-bagai bentuk. menghairankan menimbulkan rasa hairan; menakjubkan: Kepintaran budak itu bermain senjata ~ para penonton. kehairanan 1 = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan; sangat hairan: Dia tercengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu. 2 keadaan atau rasa hairan: Keadaan pelik itu menimbulkan ~ di kalangan orang ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keajaiban | 1. sifat (keadaan dsb) ajaib, keganjilan, keanehan, keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya menyaksikan bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempek | (témpék); bertempek-tempek 1. bertepek-tepek; 2. ki sangat banyak yg belum dijelaskan, spt hutang, pinjaman dsb: hutang syarikat orang itu ~; bertempekan melekat di merata-rata tempat pd sesuatu permukaan, bertempelan: dia terpandang sesuatu yg pelik berwarna hitam ~ di papan berkenaan; menempek melekatkan sesuatu pd: ulangilah ~ kunyit hidup yg ditumbuk pd luka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |