pelindung | 1 orang yg memberikan pertolongan atau perlindungan; penaung. 2 alat atau benda (spt atap) yg melindungi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelindung | 1. sesuatu (atap, dinding, dll) yg melindungi: atap yg tugasnya sbg ~ dr hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya; 2. orang yg memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dll): laki-laki yg sedang terkurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan musuhnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cukai pelindung | cukai atas barang-barang import utk melindungi barangbarang tempatan (utk mengelakkan persaingan yg boleh mengancam pengeluaran barang-barang tempatan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendinding | penyekat; penutup; penghalang; pelindung: | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
radom | (Fiz) penutup atau pelindung antena radar, terutamanya pd bahagian muncung pesawat udara, yg diperbuat drpd bahan yg boleh ditembusi oleh gelombang radio. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalus | (Bio) 1. tisu pelindung yg keras yg terbentuk pd bahagian tumbuhan berkayu yg luka; 2. bahagian kulit yg menjadi tebal atau keras, terutamanya pd tapak tangan atau tapak kaki, disebabkan oleh geseran atau tekanan berterusan, kulit kematu, belulang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendinding | penutup, penyekat, penghalang, pelindung: agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yg sebenar, tetapi juga merupakan ~ drpd godaan hawa nafsu; doa ~ doa utk melindungi diri drpd mara bahaya; kain ~ miang, wang ~ malu prb berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pd tempatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendinding | penyekat; penutup; penghalang; pelindung: doa ~ doa utk melindungi diri drpd bahaya. | Kamus Pelajar |
braktea | (braktéa) (Bio) sj daun pelindung kecil, ada kalanya jelas dan terang warnanya, yg terletak di bawah bunga, pengasuh bunga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
al-Wakil | Ar Yang Maha Pelindung (satu drpd 99 nama Allah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |