pelonggokan | perihal (proses atau perbuatan) melonggokkan, penimbunan: ~ sampah sarap di tepi jalan tentunya menjelikkan pemandangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
longgok | himpunan (buah, padi, sampah, dll), onggok, timbun, tompok: buah itu sepuluh sen se~; berlonggok, berlonggok-longgok berhimpun, beronggok(-onggok), bertimbun-timbun, bertompok-tompok: kain baju yg belum bercuci berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk berlonggok-longgok di situ; melonggokkan menghimpunkan, menimbunkan, menompokkan: nasi dilonggokkan di dlm daun itu; longgokan himpunan, timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu; pelonggokan perihal (proses atau perbuatan) melonggokkan, penimbunan: ~ sampah sarap di tepi jalan tentunya menjelikkan pemandangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |