Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pelopor (kata nama)
Bersinonim dengan perintis, peneroka, pembuka jalan, pemula, pendahulu, penganjur, penggerak, pelancar, pengasas;,
Kata Terbitan : mempelopori,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pelopor1. orang yg berjalan di hadapan (dlm perarakan dll), orang yg berjalan dahulu (utk meninjau atau melihat-lihat), pemimpin, peng­anjur, peninjau: pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan merupakan ~ dlm tugas menyatupadukan rakyat menghadapi ancaman dr dlm dan luar negeri; 2. orang yg mula-mula mengusahakan (mewujudkan) sesuatu, perintis jalan, pengasas: di Filipina kaum intelek yg berpendidikan Barat menjadi ~ nasionalisme, politik, dan kebudayaan; 3. pasukan perintis (tentera dll) yg bergerak di hadapan sekali; 4. (Bio) bahan pemula dlm pembentukan sesuatu sebatian; mempelopori, memelopori 1. mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan, dll), memimpin, mengepalai: komplot itu khabarnya dipelopori oleh beberapa orang pemimpin Pergerakan Pemuda negeri; aku sendiri mahu ~ membuka dusun durian, dusun manggis yg moden dan besar; 2. merintis atau membuka jalan (utk): sejarah perkembangan politik Indonesia sejak mula-mula lagi dipelopori oleh mahasiswa dan pelajar sekolah tinggi; kepeloporan perihal (kebolehan, keupaya­an) sbg pelopor: kegigihan dan semangat ~ pemimpin masyarakat Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelopor1 orang yg berjalan di hadapan sekali dlm sesuatu perarakan; orang yg berjalan dahulu utk melihat-lihat. 2 orang yg mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas: Mereka merupakan ~ bagi perkembangan dan kemajuan polis wanita kita. 3 pasukan yg bergerak dahulu sekali dlm sesuatu pertempuran dll; perintis: Pemuda ~ negara. mempelopori 1 mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan dsb); mengepalai. 2 membuka jalan; merintis: Golongan tualah yg ~ pergerakan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelopor1 orang yg berjalan di hadapan sekali dlm sesuatu perarakan; orang yg berjalan dahulu utk melihat-lihat. 2 orang yg mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas: Mereka merupakan ~ bagi perkembangan dan kemajuan polis wanita kita. 3 pasukan yg bergerak dahulu sekali dlm sesuatu pertempuran dll; perintis: Pemuda ~ negara. mempelopori 1 mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan dsb); mengepalai. 2 membuka jalan; merintis: Golongan tualah yg ~ pergerakan itu.Kamus Pelajar
pembuka1. orang yg membuka; 2. alat utk membuka (sesuatu): ~ botol; ~ surat; 3. awal, permulaan: ~ kata; ~ jalan a) perintis, pelopor; b) sesuatu yg memberikan atau mengadakan peluang (kesempatan); ~ jalan fikiran sesuatu yg menimbulkan kesedaran: petunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yg sebenar; ~ langkah sesuatu yg memulakan (kegiatan dll); ~ mata sesuatu yg menyedarkan orang atau pihak yg tertentu drpd kesilapan, kekurangan atau sesuatu yg tidak diketahui sebelum ini: kebangkitan pemain senior yg menyerlah dlm beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa; ~ pintu sesuatu yg memberi kesempatan kpd, sesuatu yg merintis jalan kpd; ~ selera makanan yg boleh mendatangkan selera.Kamus Dewan Edisi Keempat
realisme(réalisme) 1. fahaman atau ajaran yg berdasarkan kenyataan; 2. aliran sastera dan seni lukis yg menggambarkan kisah hidup sebenar (bukan khayalan): Kala Dewata dgn Atap Genting Atap Rumbia dianggap sbg pelopor drama ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
nasionalisme1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam: sekolah rakyat dlm cerita itu akan menjadi simbol ~; 2. pergerakan utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik drpd kuasa asing, se­mangat kebangsaan: kaum intelek yg berpen­didikan Barat menjadi pelopor ~, politik dan kebudayaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bapa1 orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~nya. 2 panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3 orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaysia. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri: ~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita. ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa isterinya kerana perceraian, kematian dsb. berbapa mempunyai bapa: Asyraf tidak ~ sejak kecil lagi. berbapakan mempunyai seseorang sbg bapa; berayahkan: Saufi ~ seorang pejuang bahasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bapa1. ayah; ibu ~ orang tua; 2. saudara lakilaki ibu atau bapa: ~ ngah; 3. panggilan kpd orang tua sbg tanda hormat kepadanya; 4. perintis jalan, pelopor: Dato’ Onn dapat dianggap ~ kemerdekaan Malaya; 5. Id orang yg dipandang sbg orang tua (spt guru, ketua kampung, dsb); ~ angkat orang yg tidak ada pertalian darah tetapi dianggap sbg bapa sendiri; ~ ayam a) ayam jantan; b) bapa yg tidak mempedulikan anaknya; c) lelaki yg memperdagangkan pelacur; ~ balar Tr kerbau jantan yg balar; ~ besar datuk; ~ cik a) adik laki-laki bapa atau emak; b) panggilan anak-anak kpd orang laki-laki dewasa; ~ kecil = ~ muda bapa cik; ~ saudara abang atau adik lelaki kpd ibu atau bapa; ~ Suci Paus (di Rom); ~ tiri suami emak (bukan bapa kandung); ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran isteri kerana perceraian, kematian dsb;sebapa mempunyai bapa yg sama (tetapi berlainan emak), seayah; berbapa 1. mempunyai bapa, berayah: sejak kecil lagi dia sudah tidak ~; 2. menganggap seseorang sbg bapa, berayah; 3. menyebut bapa;berbapakan mempunyai seseorang (yg berbangsa, berpekerjaan, bersifat, dsb yg dinyatakan) sbg bapa, berayahkan: ~ seorang Inggeris; ~ seorang polis; ~ seorang yg pembengis;kebapaan sifat sbg bapa, keayahan: dia menunjukkan sifat-sifat ~ yg tulen.Kamus Dewan Edisi Keempat
bapa1. orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~ nya. 2. panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3. orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaya. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri:~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita.Kamus Pelajar
rintis, = rintisan jalan kecil yg baru dibuat dlm hutan. merintis 1 menebang pokok kayu dll di hutan utk membuat jalan: Mereka ~ hutan utk sampai ke kaki gunung itu. 2 = ~ jalan (pertama sekali) mengerjakan sesuatu usaha; mempelopori. rintisan 1 jalan kecil yg baru dibuka dlm hutan; rintis. 2 usaha yg mula-mula sekali. perintis, = ~ jalan orang dll yg mula-mula sekali mengerjakan sesuatu usaha; pelopor: ~ kemerdekaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas