peluahan | perihal (proses) meluahkan sesuatu (perasaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meludahkan | 1. menyemburkan ludah; 2. meludah utk mengeluarkan sesuatu drpd mulut: ia ~ air sirih yg sudah lama bertakung di dlm mulutnya itu; maka nanah itu diludahkannya ke dlm sebuah peluahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ludah | air yg keluar (drpd) dlm mulut, air liur; ~ sirih ludah yg berwarna merah (tatkala makan sirih); tempat ~ bekas utk menakung ludah; berludah, meludah membuang ludah, mengeluarkan ludah: dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki; ~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali; meludahi meludah (berludah) pd: aku dihina terang-terangan seolah-olah orang ~ mukaku; meludahkan 1. menyemburkan ludah; 2. meludah utk mengeluarkan sesuatu drpd mulut: ia ~ air sirih yg sudah lama bertakung di dlm mulutnya itu; maka nanah itu diludahkannya ke dlm sebuah peluahan; peludahan bekas tempat meludah; peludah orang yg selalu dan suka meludah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luah | ; meluah 1. berasa hendak muntah, meloya; 2. muntah; meluahkan 1. mengeluarkan drpd mulut, memuntahkan; 2. ki mengeluarkan, melahirkan: ia ingin ~ hasrat yg telah lama terpendam; saluran ini juga membolehkan para pekerja ~ perasaan geram dan tidak puas hati; dimakan mati emak diluahkan mati bapa = hendak ditelan termengkelan, hendak diluahkan tiada keluar prb dlm keadaan yg serba salah; terluah diluahkan, dilahirkan, diungkapkan: banyaklah kenangan lama ~ satu demi satu; luahan 1. sesuatu yg diluahkan (dimuntahkan dsb); 2. kata-kata (perasaan dsb) yg dikeluarkan atau dilahirkan: sbg orang lama dlm kerajaan dan parti, ~ Encik Ghafar ini merupakan rasa kecewa beliau terhadap golongan tersebut; ~ emosi; perluahan tempat atau bekas utk meluahkan: maka tanah itu diludahkannya ke dlm sebuah ~; peluahan perihal (proses) meluahkan sesuatu (perasaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |