Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelubang, pelubangan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lubang1. bahagian pd sesuatu (dinding, jarum, dll) yg boleh ditembusi sesuatu: ~ jarum; ia mengintai dr sebuah ~ di dinding rumah itu; 2. rongga: ~ hidung; ~ telinga; ~ roma; 3. lekuk di tanah dll: jalan masuk ke tempat itu penuh dgn ~; 4. bp peluang: di bandar itu, ~-~ kerja cukup banyak; ~ angin lubang (di atas pintu atau tingkap) utk angin keluar masuk; ~ butang lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan butang; ~ leleh (S.Bina) lubang kecil yg dibuat pd tembok penahan utk menyalurkan keluar air yg berĀ­takung di belakang tembok supaya tekanan berkurangan; ~ lengan lubang pd bahagian baju di pangkal lengan; ~ mata lubang di tengkorak vertebrat tempat terletaknya biji mata; ~ roma lubang pd kulit manusia dan binatang tempat peluh keluar; barang siapa menggali ~, ia juga terperesuk ke dalamnya prb barang siapa yg berniat jahat terhadap orang lain, ia sendiri akan mendapat kecelakaan; gali ~ timbus ~ prb berhutang utk membayar hutang lama; korek ~ ulat prb sengaja mencari perselisihan (perbantahan, pertengkaran, dll); masuk sebesar ~ penjahit, keluar sebesar ~ tabuh prb besar belanja drpd pendapatan; berlubang 1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb): dinding rumahnya ~; mempunyai (ada) lubang (rongga), berongga; berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana sini; berlubang-lubang 1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini; 2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk; melubang membuat lubang, menggerek, menebuk, menggali lubang; melubangi membuat lubang pd, menebuk lubang pd, menggali lubang pd: papan itu dilubangi utk dimasukkan skru; melubangkan 1. menyebabkan berlubang (dinding dll): tembakan sesat itu telah ~ dinding rumahnya; 2. menyebabkan berĀ­lubang (berlekuk), melekukkan: kenderaan berat yg lalu-lalang di situ telah ~ jalan baru itu; pelubang, pelubangan lubang yg dibuat di tanah utk menangkap binatang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas