pengkritik | orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pintar | 1. cekap, pandai: datuk itu ~ orangnya; 2. banyak akal, cerdik, licin: orang yg kita hadapi itu lebih ~ dan lebih cergas drpd kita; 3. mahir dlm membuat sesuatu pekerjaan: tukang-tukang gambar dan pelukis-pelukis yg ~; mereka sudah ~ membuat baju sendiri; memintarkan menjadikan pintar; terpintar tercekap, terpandai; kepintaran 1. kepandaian; 2. kecerdikan; 3. kemahiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelukis | orang yg pandai melukis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelukis | orang yg (kerjanya) melukis, tukang lukis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perlahan | 1. tidak terburuburu (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; memperlahankan 1. menjadikan perlahan, memperlambat: apabila menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yg dipandunya; 2. mengecilkan suara atau bunyi: perlahankan sedikit radio itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perlahan-lahan | 1. tidak terburuburu (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kritik | 1. analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dsb: seseorang penulis harus menerima baik segala ~ yg jujur; pd masa ini banyak tersiar ulasan dan ~ mengenai sajak dan cerpen; kerajaan sedia memberikan perhatian kpd ~-~ yg dikemukakan dgn tujuan yg baik; 2. teguran keras, kecaman, bidasan; mengkritik 1. membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dsb: seorang yg tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak; 2. memperkatakan (mengulas dsb) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang; ~ hebat (keras, pedas) mengecam, membidas, mencela: menerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini; dia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut; kritikan 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; pengkritik orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lukis | ; pandai ~ ark orang yg pandai membuat gambar, pelukis, tukang lukis; seni ~ (hasil) kecekapan menggambar yg elok-elok; melukis 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; melukiskan ki 1. membayangkan, menampakkan: bibirnya ~ senyuman; 2. menceritakan (mengisahkan) hal sesuatu, membentangkan: rencana itu ~ penderitaan yg dialami rakyat; terlukis 1. terbayang, tergambar: ~ dlm kepalanya kesibukan kota London itu; 2. teriwayat, terceritakan; lukisan 1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal; pelukisan perihal melukiskan: pengarang sastera sejarah mengusahakan ~ peristiwaperistiwa yg disaksikannya sendiri; cara ~ watak dan peristiwa dlm novel ini lurus dan tidak mengarah kpd simbolisme; pelukis orang yg (kerjanya) melukis, tukang lukis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jurusungging | pelukis sungging; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
studio | 1. bilik tempat pelukis, pengukir, jurugambar, dsb bekerja; 2. bilik yg dilengkapi pelbagai peralatan utk siaran program radio atau televisyen, atau rakaman piring hitam; 3. bangunan yg digunakan oleh sesebuah syarikat penerbitan sbg tempat pembuatan filem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |