Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lu.na.san] | ڤلونسن

Definisi : perihal melunaskan sesuatu (hutang), penjelasan, penyelesaian: ~ segala hutang piutangnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelunasan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pelunasanperihal melunaskan sesuatu (hutang), penjelasan, penyelesaian: ~ segala hutang piutangnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
pembayaranperihal (tindakan dsb) membayar, penjelasan (harga barang dll), pelunasan (hutang): ~ harus dilakukan pd akhir bulan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pinjaman bercagar(Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pinjaman1. barang dll yg dipinjam (dipin­jamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang; ~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh insti­tusi kewangan atau majikan utk memboleh­kan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memo­hon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pin­jaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewang­an kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing;Kamus Dewan Edisi Keempat
lunas IIberes, jelas, selesai (hutang dll); melunasi, melunaskan 1. membayar (hutang dll) hingga selesai, menjelaskan (hutang): hingga saat itu kami belum dapat ~ yuran; orang tuanya banyak menolong melunaskan hutangnya; 2. memenuhi (menunaikan) kewajiban (janji dll): ~ kewajiban; 3. mem­perbaiki kesalahan (dgn membuat jasa dll), menebus kesalahan dll: ~ dosa; terlunas telah dilunaskan: pinjaman ~; pelunasan perihal melunaskan sesuatu (hutang), penjelasan, penyelesaian: ~ segala hutang piutangnya; pelunas (orang) yg melunaskan, penyelesai: ~ hutang.Kamus Dewan Edisi Keempat
bayar; ~ waktu terima bayaran dibuat secara tunai sewaktu barangan diserahkan kpd pembeli;berbayar dijelaskan, dilunaskan: hutangnya di kedai itu belum ~ lagi;membayar 1. memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik; 2. menunaikan (janji, kaul, dll): ~ niat; 3. membalas (kebaikan dll): ~ budi; ~ ansur membayar sedikit-sedikit; ~ derau membalas budi (pertolongan beramai-ramai); ~ di belakang membayar sesudah menerima barang dll; ~ di muka membayar sebelum menerima barang dll; ~ hajat = ~ kaul = ~ nazar = ~ niat melepaskan (menunaikan) hajat (kaul dll); ~ kontan Id = ~ tunai membayar pd ketika menerima barang;membayarkan 1. memberikan (wang dll) utk membayar: dgn apa engkau ~ harta orang yg telah rosak itu?; ~ nyawa mengorbankan nyawa; 2. membayar utk: kami terpaksa ~ dia bil elektriknya itu;terbayar 1. mampu (berupaya) membayar; 2. dibayar: kegigihan dan usahanya selama ini sudah ~ dgn berbagai-bagai anugerah yg diterima; bayaran 1. (wang) yg dibayar: mereka dikenakan ~ RM5.00 seorang; 2. (orang) yg dibayar: serdadu ~; 3. gaji, upah, biaya: pd akhir bulan kami menerima ~;pembayaran perihal (tindakan dsb) membayar, penjelasan (harga barang dll), pelunasan (hutang): ~ harus dilakukan pd akhir bulan;pembayar 1. orang yg membayar: pemerintahlah ~ segala wang belanja selama aku belajar; ~ cukai; 2. wang (harta dll) yg digunakan utk membayar: wang ~ hutang.Kamus Dewan Edisi Keempat
pinjam1. = memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat semen­tara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn mem­bayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; meminjami 1. memberi pinjam kpd: kami tidak perlu membeli semua jenis buku, perpustakaan dapat ~ kami; 2. meminjam barang dll pd; meminjamkan memberikan barang dll utk dipinjam: dia pula tidak sepi drpd ~ beras atau wang kpd tetangganya; pinjaman 1. barang dll yg dipinjam (dipin­jamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang; ~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh insti­tusi kewangan atau majikan utk memboleh­kan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memo­hon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pin­jaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewang­an kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing; peminjaman perihal (perbuatan dsb) memin­jam atau meminjamkan; peminjam 1. orang yg meminjam: ~ wang dr bank harus membayar bunga; 2. orang yg memberi pinjam: seorang ~ wang mengenakan bunga atas pinjamannya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas