Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.bu.kan]/[pe.ma.bu/.kan] | ڤمابوقن

Definisi : proses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau dadah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemabukan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pemabukanproses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau dadah;Kamus Dewan Edisi Keempat
mabuk1. pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dsb) kerana meminum minuman keras atau makan gadung dsb: Ali dimarahi isterinya kerana pulang ke rumah dlm ke-adaan ~; 2. ki sangat suka (gemar) akan sesuatu ... terlalu sangat asyik (berahi): maka Tuanku Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan ayahnya itu; ~ agak-agak (kira-kira) suka duduk berangan­angan sahaja (satu kerja pun tidak dibuatnya); ~ andan tergila-gila kerana hendak kahwin; ~ asmara (berahi, cendawan, cinta) hilang akal atau spt gila (kerana jatuh cinta dll); ~ bunga raya mabuk dgn muka berwarna merah; ~ bunga selasih terlalu mabuk (hingga tidak dapat berdiri dgn tegak); ~ darah a) pening kepala kerana melihat darah; b) peng­san kerana banyak kehilangan (keluar) darah; c) mengamuk setelah melihat darah; d) suka menumpahkan darah orang; ~ gunung berasa pening kerana udara agak tipis (di tempat­tempat yg tinggi, pergunungan, dll); ~ hamil rasa loya-loya, pening dsb, biasanya pd se­belah pagi, yg dialami pd peringkat awal ke­hamilan; ~ kecubung a) pening kepala kerana memakan biji kecubung; b) ki sangat berahi sehingga lupa akan hal-hal lain; ~ kepayang (kesmaran) fikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dll; ~ laut (ombak) pening dan muntah-muntah dlm pelayaran (dgn kapal atau perahu); ~ tahi telinga menjadi bingung kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang; ~ udara pening kerana naik kapal terbang; ~ di enggang lalu prb tertarik hati kpd orang yg tidak dikenali; spt orang ~ gadung prb sangat pucat; dimabuk diganggu atau terganggu oleh se­suatu (fikiran dll): kerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan mundur; ~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dll); ~ bayang-bayang mengalami cinta yg tidak berbalas; ~ nasib berasa sangat sedih kerana memikirkan nasib­nya; dimabuki diganggu oleh: selama tujuh ta-hun darwis itu ~ sakit cinta; memabukkan menjadikan (menyebabkan) mabuk: minuman yg ~; kemabukan sedang mabuk, dlm keadaan mabuk: dia sudah spt orang yg benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya; pemabukan proses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau dadah; pemabuk (orang yg) selalu mabuk.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas