Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.da.man] | ڤمادمن

Definisi : perbuatan memadamkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
padam (kata kerja)
1. Dalam konteks api
bersinonim dengan mati, pudur, melindap,
Berantonim dengan menyala

2. Dalam konteks kemarahan
bersinonim dengan reda, berkurangan, beransur kurang,
Berantonim dengan meluap

3. Bersinonim dengan hilang: luput, hapus,
Berantonim dengan menjelma

Kata Terbitan : memadamkan, pemadaman, pemadam,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pemadamanperbuatan memadamkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pemadaman(blanking)1. Proses memadamkan paparan video. 2. Proses meninggalkan ruang dalam baris teks.Kamus Komputer
ingatan baca sahaja boleh atur cara boleh padam(erasable programmable read only memory)Peranti ingatan baca sahaja yang corak bitnya boleh diaturcarakan dan boleh juga dipadamkan untuk membolehkan corak bit baru diaturcarakan. Pemadaman boleh dilakukan dengan mendedahkan cipnya kepada cahaya ultralembayung. Singkatan EPROM.Kamus Komputer
padam I1. tidak bernyala, tidak bersinar, tidak hidup (api, lampu, dll), mati: lampu-lampu rumah buruh ~ satu-satu; api yg meliuk-liuk lemah itu ~; 2. tenang semula (ke­marahan, keinginan, semangat, dll), tidak bergelora lagi; tidak kunjung ~ tidak reda­-reda (terus bergelora); 3. tidak berkecamuk lagi (pertempuran dll), reda, tenteram; 4. sudah hilang dahaga, hilang (hapus) atau luput se­suatu: rindunya tidak pernah ~; ~ nyawa (hayat) mati; di mana api ~, di sanalah puntung tercampak = ~ nyala tarik puntung prb di mana mati di situlah dikuburkan; memadamkan 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. meng­hilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; kepadaman 1. perihal padam: ~ lampu itu dgn sendirinya membuat aku berfikir tentang kematian; 2. mengalami sesuatu sebab padam; pemadaman perbuatan memadamkan; pemadam 1. = ~ api alat utk memadamkan api (kebakaran); 2. alat utk memadamkan tulisan di papan hitam dsb; getah ~ getah utk memadamkan tulisan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas