Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pemaduan1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan;Kamus Dewan Edisi Keempat
asimilasi1 proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup. 2 pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu, mis pemaduan unsur drpd kebudayaan yg berlainan menjadi satu kebudayaan: Suatu kebudayaan dpt dimesrakan dgn kebudayaan lain, dan hasilnya menjadi suatu ~ kebudayaan yg dpt kita sebut sbg kebudayaan nasional. berasimilasi berpadu menjadi satu: Mungkin terdapat perbezaan budaya yg telah mengurangkan kecenderungan golongan penduduk ini ~ dgn penduduk kulit putih yg lain. mengasimilasi menjalani atau mengalami proses asimilasi dgn yg lain: Tidak dpt dinafikan bahawa kesusasteraan Melayu dewasa ini sedang diasimilasi oleh pelbagai sastera pascamoden, yg turut memperkaya kesusasteraan Melayu. mengasimilasikan 1 menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup: Jasad kita sentiasa ~ bahan-bahan mentah yg diterimanya. 2 menjadikan berpadu; menyerapkan ke dlm suatu kesatuan (paduan dsb) yg lebih besar: Unsur-unsur kebudayaan itu diasimilasikan dan dipersembahkan dlm festival tsb. terasimilasi telah diasimilasikan: glukos ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
asimilasi1. proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup; 2. Id paduan bunyi (konsonan) spt ahlul-nujum menjadi ahlun-nujum; 3. pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu (spt pemaduan unsur-unsur drpd kebudayaan yg berlainan menjadi satu kebudayaan); berasimilasi berpadu menjadi satu;mengasimilasikan 1. menukarkan makan­an berzat menjadi tisu hidup: jasad kita me­lalui kuasa ghaib yg maha penting, sentiasa ~ bahan-bahan mentah dan mati yg di­terima­nya; 2. menjadikan berasimilasi (ber­padu, menyerap, dll), menyerapkan ke dlm suatu kesatuan (paduan dsb) yg lebih besar;terasimilasi telah diasimilasikan atau berasimilasi: glukos ~; pengasimilasian proses mengasimilasikan sesuatu: bagaimanapun, ~ maklumat itu bukanlah satu tugas yg sukar.Kamus Dewan Edisi Keempat
padu1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu ~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan yg ~; sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~; bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-­pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; menyepadukan menjadikan sepadu atau ber­sepadu: kesemuanya telah dicampuradukkan dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi; tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020; kesepaduan keadaan bersepadu, perihal ber­sepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat, dsb); penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian; penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini; berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, ber­mesyuarat, berunding, memadankan (menye­suaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membanding­kan, menyesuaikan, mencocokkan, memadan­kan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatu­padukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh; memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampur­kan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia; memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru; terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung; paduan 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. per­sesuaian, kecocokan; kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan; perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan; pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
sintesis(sintésis) 1. proses menyatukan pel­bagai unsur, bahagian, bahan, dsb menjadi sua-tu kesatuan atau keseluruhan yg kompleks, penyatuan, penggabungan, pemaduan; 2. suatu keseluruhan yg kompleks yg terdiri drpd pel­bagai unsur, bahan, dsb; 3. cara mencari prinsip yg umum drpd prinsip-prinsip yg khusus; mensintesiskan melakukan sintesis, menyatu­kan, menggabungkan, memadukan: novel ini padat dgn idea dan gagasan falsafah yg masih mentah, tidak diperhalus serta disintesiskan ke dlm perwatakan atau suasana keseluruhan novel.Kamus Dewan Edisi Keempat
padu I1 tidak hancur atau tidak berongga; pejal lagi tumpat keadaannya: Gelangnya dibuat drpd emas ~. 2 telah benar-benar menjadi satu (bkn benda-benda yg dicampurkan); telah benar-benar sebati. 3 teguh dan kuat; kukuh: pasukan yg ~. berpadu 1 bercampur menjadi satu; menjadi sebati benar: Zat besi mudah ~ dgn oksigen. 2 bergabung dlm satu pasukan atau kesatuan: Seluruh rakyat Malaysia ~ menentang penjajahan. 3 bercampur dgn; bergaul: Suka dan duka ~ mengharukan hati. memadu 1 mengaduk atau mengadun sesuatu supaya benar-benar bercampur: Ibu sedang ~ telur dgn tepung utk membuat kuih. 2 meleburkan dan mencampurkan supaya menjadi satu (bkn logam): ~ perak dgn tembaga. 3 menggabungkan supaya menjadi satu; menyatukan: Kita perlu ~ tenaga utk mempertahankan negara kita drpd serangan musuh. 4 membuat perjanjian dll dgn sungguh-sungguh; menguatkan janji dll: ~ janji. 5 mencari-cari utk mengetahui cocok tidaknya; menyesuaikan; memadankan: ~ pakaian; ~ pendapat. paduan sesuatu yg sudah dipadu; apa-apa yg sudah disatukan. kepaduan hal atau keadaan padu; kesatuan. perpaduan keadaan atau hal berpadu; persatuan: Dia tidak mahu menjadi orang yg memecahbelahkan ~ umat Islam. pemaduan perbuatan atau hal memadu: Air terjadi drpd ~ oksigen dan hidrogen.Kamus Pelajar Edisi Kedua
padu I1 tidak hancur atau tidak berongga; pejal lagi tumpat keadaannya: Gelangnya dibuat drpd emas ~. 2 telah benar-benar menjadi satu (bkn benda-benda yg dicampurkan); telah benar-benar sebati. 3 teguh dan kuat; kukuh: pasukan yg ~. berpadu 1 bercampur menjadi satu; menjadi sebati benar: Zat besi mudah ~ dgn oksigen. 2 bergabung dlm satu pasukan atau kesatuan: Seluruh rakyat Malaysia ~ menentang penjajahan. 3 bercampur dgn; bergaul: Suka dan duka ~ mengharukan hati. memadu 1 mengaduk atau mengadun sesuatu supaya benar-benar bercampur: Ibu sedang ~ telur dgn tepung utk membuat kuih. 2 meleburkan dan mencampurkan supaya menjadi satu (bkn logam): ~ perak dgn lembaga 3 menggabungkan supaya menjadi satu; menyatukan: Kita perlu ~ tenaga utk mempertahankan negara kita drpd serangan musuh. 4 membuat perjanjian dll dgn sungguh-sungguh; menguatkan janji dll: ~ janji. 5 mencari-cari utk mengetahui cocok tidaknya; menyesuaikan; memadankan: ~ pakaian; ~ pendapat. paduan sesuatu yg sudah dipadu; apa-apa yg sudah disatukan. kepaduan hal atau keadaan padu; kesatuan. perpaduan keadaan atau hal berpadu; persatuan: Dia tidak mahu menjadi orang yg memecahbelahkan ~ umat Islam. pemaduan perbuatan atau hal memadu: Air terjadi drpd ~ oksigen dan hidrogen.Kamus Pelajar

Kembali ke atas