teruji | (telah) diuji utk mengetahui kemampu-annya dsb: pemain-pemain muda yg belum begitu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancing-memancing | ki saling menarik hati, memujuk atau memikat seseorang supaya masuk ke dlm kumpulan berkenaan, biasanya dgn menawarkan pelbagai ganjaran yg menarik dan lumayan: kini soal ~ pemain-pemain dgn menjanjikan ganjaran dan habuan yg lumayan menjadi topik utama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dam I | 1. = damdam sj permainan utk dua orang pemain, setiap pemain menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan yg berpetak-petak segi empat (spt papan catur); buah ~ kepingan-kepingan yg digunakan (digerakkan) ketika bermain dam; papan ~ papan yg digunakan dlm permainan dam (berpetak-petak segi empat); 2. bercorak tapak catur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laluan | 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
swiper | (dlm perlawanan bola sepak) pemain yg kedudukannya di belakang pemain pertahanan dan membantu pemain barisan pertahanan dan kadang-kadang membuat serangan, libero. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
libero | (dlm perlawanan bola sepak) pemain yg kedudukannya di belakang pemain pertahanan dan membantu pemain barisan pertahanan dan kadang-kadang membuat serangan, swiper: beliau bermain sbg ~ yg sukar dikalahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemain | orang bermain atau yg memainkan sesuatu; orang yg suka bermain: ~ biola; ~ bola sepak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemain | 1. orang yg bermain (bola, piano, dll), pelakon (drama dll): ~ biola; 2. orang yg suka bermain judi: wang permulaan di-terima lebih banyak drpd yg biasa, yg ~ boleh bermain di tikar judi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menurunkan | 7 memilih atau menentukan pemain dlm sesuatu perlawanan: Mereka ~ pemain utama dlm perlawanan itu. | Kamus Pelajar |
bola | benda berbentuk bulat yg dibuat drpd getah dsb dan digunakan utk bermain: ~ hoki; ~ pingpong. ~ air sj permainan bola sambil berenang dlm air. ~ jaring sj permainan utk wanita yg memerlukan pemain-pemainnya melontarkan bola masuk ke dlm jaring yg disediakan (pemain tidak boleh bergerak dgn membawa bola lebih drpd 1½ langkah). ~ keranjang sj permainan yg memerlukan pemain-pemainnya melontarkan bola ke dlm keranjang yg telah disediakan (pemain boleh membawa bola dgn melantunkannya). ~ sepak sj permainan menyepak bola antara dua pasukan dgn cara dan syarat tertentu dan pemain dikehendaki menyepak bola ke dlm gol lawan. ~ tampar sj permainan memukul bola dgn tangan, di atas gelanggang yg direntangi jaring. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |