Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bilingualisme1 pemakaian atau penggunaan dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat. 2 kefasihan bertutur dlm dua bahasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kedwibahasaan1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, bilingualisme; 2. kefasihan bertutur dlm dua bahasa, bilingualisme.Kamus Dewan Edisi Keempat
bilingualisme1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, kedwibahasaan; 2. kefasihan bertutur dlm dua bahasa, kedwibahasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pergunaanark 1. pemakaian: ~ alat jentera menghendaki modal yg besar; 2. faedah, guna: Paderi David Haex telah menyusun kamus Melayu-Latin utk ~ menyiarkan agama Kristian;Kamus Dewan Edisi Keempat
pemakaian1. perihal (perbuatan, cara, dsb) memakai atau menggunakan, penggunaan: berbagai-bagai perkara yg sering menimbulkan kekeliruan dr segi ~ dibincangkan secara terperinci; ~ bahasa; ~ pesawat jet; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
pakai1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; dipakai bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun ~nya; berpakai 1. = berpakai-pakai (sedang) me­ngenakan pakaian: kira-kira pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai; 2. Mn masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku; memakai 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. meng­gunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); memakaikan 1. mengenakan baju dll pd: ia telah dipakaikan pula baju dan seluar yg labuh dan besar; 2. menggunakan (memper­gunakan) pd: diberinya sebilah keris yg bernama Tanjung Lada, maka dipakaikan oleh Apu itu kpd anaknya; 3. ark memakai; terpakai 1. dipakai: apa yg telah disebutkan tentang sistem otot dahulu ~ juga pd sistem saraf; 2. sudah dipakai: wang yg ~ hanya sebahagian sahaja; pakaian 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; berpakaian 1. ada pakaiannya, memakai pa­kaian: seorang muda ~ rapi; 2. mengenakan pakaian; pemakaian 1. perihal (perbuatan, cara, dsb) memakai atau menggunakan, penggunaan: berbagai-bagai perkara yg sering menimbulkan kekeliruan dr segi ~ dibincangkan secara terperinci; ~ bahasa; ~ pesawat jet; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; sepemakaian selengkap pakaian dll; pemakai 1. (orang dll) yg memakai atau menggunakan: ~ bahasa; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; 3. orang yg suka menghias diri: dia tu memang ~ orangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
retorik(rétorik) 1. (Lin) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm pe­nulisan atau pertuturan; 2. seni meng­gunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mem­pengaruhi pemikiran pen­dengar; 4. berkaitan dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pe­mikiran pendengar: kita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan hanya ber­cakap tentang cabang tanpa menyedari pokok sebenarnya sudah reput; dia me­nyifatkan ucapan belanjawan itu penuh isi dan tidak ~ selain bahasa mudah yg di­gunakan; soalan ~; beretorik berpidato, berbicara dsb dgn meng­gunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat.Kamus Dewan Edisi Keempat
barbarisme1. cara atau perbuatan yg tidak beradab; 2. Id pemakaian (pembentukan) kata-kata dgn cara bahasa asing (tidak sesuai dgn jalan bahasa sendiri).Kamus Dewan Edisi Keempat
penggunaan1. perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan sesuatu: ~ kata itu tidak sesuai dgn ayat ini; 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
dwibahasa1. yg ditulis atau dinyatakan dlm dua bahasa: majalah ‘Reader’s Digest’ telah menerbitkan edisi ~nya; kamus ~; 2. boleh bertutur dlm dua bahasa (biasanya dgn darjah kefasihan yg sama): kebanyakan orang Malaysia ~; berdwibahasa menggunakan dua bahasa: kebanyakan mereka ~ di rumah dan di asrama; kita perlu ~ jika mahu menjadi bangsa yg maju; mendwibahasakan membuat (menyusun, meng­­­­­­­­­­­hasilkan dsb) sesuatu penerbitan (buku, risalah dsb) dlm dua bahasa: tindakan sedang diambil utk ~ sebuah kamus Mandarin menjadi Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan; kedwibahasaan 1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, bilingualisme; 2. kefasihan bertutur dlm dua bahasa, bilingualisme.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas