isytihar | Ar pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran; mengisytiharkan mengumumkan, memaklumkan, mempernyatakan, memasyhurkan: ia ~ pertunangannya; di Kuala Lumpur diadakan istiadat besar ~ kemerdekaan; perisytiharan pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran: mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari ~ kemerdekaan; pengisytiharan perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman, pemakluman; terisytihar telah diisytiharkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemakluman | perbuatan atau hal memaklumkan; pemberitahuan; penyataan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemakluman | pengumuman, pengisytiharan,penyataan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perisytiharan | pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran: mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari ~ kemerdekaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengisytiharan | perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman, pemakluman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyataan | perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pemakluman. | Kamus Pelajar |
ruadat | ark Ar perihal menyatakan hormat, penyataan (pemakluman) hormat; rudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengumuman | 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pernyataan | 1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ kepercayaan dan pengetahuan tentang bercucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
proklamasi | IB pengumuman yg rasmi kpd seluruh rakyat, pemberitahuan, pengisytiharan, pemakluman: tanggal 17 Ogos 1945 adalah hari ~ kemerdekaan Negara Republik Indonesia; memproklamasikan mengumumkan dgn rasmi kpd seluruh rakyat: kita harus ~ kemerdekaan sebelum Jepun menyerah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |