e | Simbol yang digunakan dalam bahasa pengaturcaraan komputer aras tinggi untuk mewakili pemalar semesta atau pemalar Euler yang digunakan untuk mengira logaritma nombor. | Kamus Komputer |
pemalar | nombor atau kuantiti yg tidak berubah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemalar | kuantiti yg tidak berubah, lazimnya diwakili oleh simbol tertentu (bergantung pd bidang ilmu yg diperkatakan) | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkatap | angka atau kuantiti yg tetap nilaiannya (dlm rangkaian algebra), pemalar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ungkapan muka | perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malar | tetap tidak berubah; terus-menerus sebagaimana biasa: (pokok) ~ hijau (pokok yg) sentiasa hijau warna daunnya. memalarkan menjadikan malar. pemalar nombor atau kuantiti yg tidak berubah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kenyataan pengisytiharan(declarative statement) | Kenyataan yang terdiri daripada suruhan atur cara dalam bentuk simbolik yang digunakan untuk menentukan nilai, ciri, atau fungsi pemboleh ubah, pemalar, atau proses dalam atur cara. | Kamus Komputer |
kata simpanan(reserved word) | Kata yang digunakan untuk menamakan suruhan atau fungsi kawalan dalam sesuatu bahasa pengaturcaraan. Kata ini tidak boleh digunakan sebagai nama pemboleh ubah, pemalar, atur cara, atau rutin untuk mengelakkan pemproses membuat tafsiran yang salah terhadap sesuatu kenyataan. | Kamus Komputer |
ungkapan | 1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malar | 1. tetap, tidak berubah, terus-menerus: kulit mengawal suhu badan manusia supaya ~ walaupun suhu alam di kelilingnya ber-ubah; ~ hijau sentiasa berdaun (hijau) sepanjang tahun (bkn tumbuh-tumbuhan yg tertentu); 2. = malar-malar lebih-lebih lagi, malahan; memalarkan membuat supaya tetap dan tidak berubah: suhunya dimalarkan; kemalaran perihal malar; pemalar kuantiti yg tidak berubah, lazimnya diwakili oleh simbol tertentu (bergantung pd bidang ilmu yg diperkatakan) | Kamus Dewan Edisi Keempat |