Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemancar bunyi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
radio1. pemancaran (penghantaran, pengirim­an, siaran) bunyi dll menerusi udara: baginda akan berucap kpd rakyat melalui ~; 2. = pemancar ~ tempat memancarkan bunyi dll menerusi udara, tetuang udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu teng­gelam; 3. = pesawat ~ = peti ~ alat perka­kas utk menerima (menangkap) siaran menerusi udara: dr ~nya terdengar lagu-lagu instru­men­tal yg lembut; kereta ~ kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ transistor radio kecil yg mudah dibawa ke mana-mana; meradiokan menghebahkan (mengumum­kan, menyiarkan) melalui radio.Kamus Dewan Edisi Keempat
radio1 siaran bunyi dll menerusi udara: Sambil duduk-duduk minum kopi, beliau mendengar ~. 2 = pemancar ~ pesawat yg digunakan utk memancarkan bunyi melalui udara: Kami mendengar berita itu dr ~ Republik Indonesia, Jakarta. 3 = peti (pesawat) ~ alat utk menerima bunyi yg dipancarkan melalui udara: ~nya rosak. ~ transistor radio yg menggunakan transistor atau yg dilengkapi transistor.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemancar radiotempat memancarkan bunyi dll menerusi udara, tetuang udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu teng­gelam;Kamus Dewan Edisi Keempat
pemancar radiopesawat yg digunakan utk memancarkan bunyi melalui udara: Kami mendengar berita itu dr ~ Republik Indonesia, Jakarta.Kamus Pelajar Edisi Kedua
radio1 siaran bunyi dll menerusi udara: Sambil duduk-duduk minum kopi, beliau mendengar ~. 2 = pemancar ~ pesawat yg digunakan utk memancarkan bunyi melalui udara: Kami mendengar berita itu dr ~ Republik Indonesia, Jakarta. 3 = peti (pesawat) ~ alat utk menerima bunyi yg dipancarkan melalui udara: ~nya rosak. ~ transistor radio yg menggunakan transistor atau yg dilengkapi transistor.Kamus Pelajar
pemancar1. yg memancarkan: alat ~; stesen ~; 2. alat yg memancarkan (bunyi, cahaya, dll): ~ air; ~ radio.Kamus Dewan Edisi Keempat
tetuangsj alat bunyi-bunyian (dibuat drpd buluh, tanduk, dll) yg ditiup utk memberi isyarat dll; ~ udara ark alat pemancar radio; ® tuang-tuang.Kamus Dewan Edisi Keempat
pantul; memantul 1 berbalik kembali apabila dilontarkan ke benda-benda keras; mengambul; menganjal. 2 berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, bunyi dsb). 3 ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): Pasaran ~ dan mencecah paras selesa. memantulkan menyebabkan sesuatu memantul: Gelombang radio dihantar ke bulan oleh alat pemancar dan dipantulkan semula ke bumi. pantulan 1 gerakan memantul: ~ bola. 2 gerak balas yg menganjal terhadap rangsangan. pemantulan proses, perbuatan dsb memantul atau memantulkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pancarketurunan, anak cucu: ~ drpd anak cucu bagindalah segala raja-raja di Pasai itu turun-temurun; ~ gas Id pancutan gas, jet (yg menggerakkan kapal terbang): pesawat terbang ~ gas; sepancar ki seketurunan, sejenis, seasal: bahasa Melayu ialah bahasa yg mesra dan ~ dgn kejadian dirinya; berpancaran keluar ke sana sini (berbagai-­bagai hala), berpancutan: air ~ dr paip rosak itu; memancar 1. keluar memancut dgn deras (bkn air dsb); 2. mengeluarkan cahaya terang, bersinar terang: matahari belum kelihatan ~; sebuah lampu suluh kelihatan ~ cerah; memancarkan 1. memancutkan atau me­mancurkan deras-deras (air, minyak, dll): di sana sini mata air ~ air yg jernih; 2. me­ngeluarkan sinar (cahaya): bulan mulai mengambang di langit sebelah timur dan ~ cahayanya yg gemilang; 3. mengirim atau menyiarkan (haba, bunyi, cahaya, dll), menge­luarkan (sesuatu): bunyi hanya boleh dipancarkan melalui jirim; nyanyian yg dipancarkan oleh Radio Malaysia; 4. melahirkan, memperanakkan, menurunkan (keturunan); terpancar 1. keluar memancar (memancur, memancut), dipancarkan: maka air susu Minuram Dewi pun ~; cahaya itu harus ~ balik dr muka benda itu; 2. ki terbit: dr mulut dia ~ kalimat itu; harapan yg ~ dlm hati; 3. ter­lahir, keluar (anak); pancaran 1. yg dipancarkan atau terpancar (cahaya, haba, bunyi, air, dll), yg dikeluarkan (diterbitkan dsb): ~ cahaya dr lampu menyinari mukanya; ~ air paip air yg memancarkan (mengeluarkan) air; 2. siaran; ~ radio siaran radio; 3. gambaran, bayangan: sastera ialah ~ kehidupan; 4. keturunan; pemancaran perihal memancarkan: ~ bunyi atau gambaran; pemancar 1. yg memancarkan: alat ~; stesen ~; 2. alat yg memancarkan (bunyi, cahaya, dll): ~ air; ~ radio.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas