pemanggil | sj tumbuhan (pokok renek), bunga mara, bunga tinggal, Clerodendron paniculatum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemanggil | (orang) yg memanggil: dinanti-nantilah oleh semua ~ itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari; canang ~ canang utk memanggil (memberitahu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canang pemanggil | canang utk memanggil (memberitahu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanti-nanti | sentiasa (lama) menanti, menunggu-nunggu: dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canang | gong kecil (utk memberi alamat, menyerantakan, dll): baginda bertitah menyuruh titir ~ pemanggil; mencanangkan 1. mengumumkan kpd orang ramai (dgn memukul canang dll), menyerantakan; 2. menceritakan ke merata-rata tempat, mengheboh-hebohkan: kanak-kanak di kampung itu berlari ke sana sini ~ kejadian itu; pencanang orang yg mencanangkan sesuatu (berita, kejadian, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panggil balik automatik(automatic callback) | Ciri sistem telefon berkomputer yang akan memanggil semula pihak pemanggil apabila set telefon pihak yang dipanggil tidak lagi sibuk. | Kamus Komputer |
kulansing | Mn ark sirih yg dilipat segi tiga sbg isyarat memanggil (menjemput) orang yg menerimanya, sirih pemanggil: nan dekat panggilan tiba, nan jauh ~ lepas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawab balik(answer back) | Penghantaran isyarat pengiktirafan dari peranti yang menerima panggilan sebagai jawapan kepada panggilan yang dibuat oleh peranti pemanggil. | Kamus Komputer |
nanti II | tunggu; ~ sebentar tunggu sebentar; menanti 1. menunggu (ketibaan sesuatu): ia sedang ~ di sana; 2. tersedia utk dihadiahkan (diberikan dsb): hadiah wang tunai RM100 000 ~ kampung yg dipilih sbg yg tercantik dan terbersih; menanti-nanti sentiasa (lama) menanti, menunggu-nunggu: dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang; menantikan menunggu ketibaan sesuatu (orang, waktu, dll), menunggu akan: maka Radin Kelang pun berdiri menghunus keris ~ orang mengamuk itu; ia ~ hari malam, sangat lama rasanya; menanti-nantikan menunggu-nunggu ketibaan sesuatu, menunggu-nunggu akan: orang yg telah lama hilang dilarikan si pengayau dinanti-nantikan; ternanti-nanti, nanti-nantian menunggu-nunggu dgn penuh harapan, selalu berharap: ibu tirinya memang ~ hendak mendengar buah fikirannya; ibu telah ~ agaknya; ~ bagai berlakikan raja prb a) perihal orang yg berhajat kpd seseorang yg tidak sangat berkehendak kepadanya; b) menantikan pertolongan orang yg banyak pekerjaannya; penantian 1. perihal menanti: ~ itu membingungkan dan mencemaskan; Encik Ramli beku dlm ~; pertunangan selama enam bulan bukanlah suatu ~ yg singkat bagi orang yg sedang mabuk cinta; 2. tempat menanti (menunggu); penanti (orang) yg menanti, penunggu, penyambut tetamu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panggil | ; memanggil 1. menyuruh datang (balik) dgn menyebut nama dll: maka bertemulah dgn sebuah perahu peraih ikan, maka dipanggil, lalu datanglah ia; 2. menjemput, mengundang (ke majlis kenduri dll): segala orang yg berkenaan akan dipanggil utk menyaksikan perayaan itu; 3. menamakan, menggelar, menyebut: buah ini dipanggil timun; selama besar ini, dia termalu-malu ~ abang; belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang prb terlalu rajin (lekas mengerjakan sesuatu yg disuruh); kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua prb jawaban yg tepat bagi sesuatu pertanyaan; memanggil-manggil menyebut (meneriakkan) nama seseorang berulang kali: tatkala ahli keluarga sedang bersarapan di dlm rumah, kami terdengar orang ~ ayah dr luar; anak itu menangis sambil ~ ibunya; memanggilkan 1. memanggil utk: panggilkan dia sebuah teksi; 2. memanggil (menyebut) dgn: ia berasa gembira apabila orang ~ tuan kepadanya; terpanggil 1. Mn dipanggil (disuruh datang) kerana sesuatu perkara: seisi pasar tempat kantor Tuanku Demang berdiri sudah tahu bahawa Yusuf ~; bagi seseorang gadis tidak baik ~-panggil ke pengadilan; 2. berasa terdorong (tertarik, bertanggungjawab, terpengaruh dsb) utk melakukan sesuatu: sbg penyanyi, dia turut ~ utk memikul tanggungjawab menangani gejala sosial yg membimbangkan ketika ini; dia semacam ~ utk menolak dan menentang sekeras-kerasnya gagasan itu; panggilan 1. suara memanggil: dlm gelap itu, terdengar suatu ~ yg jelas dr jalan; 2. ajakan, jemputan, undangan: hatiku berdebar-debar, tentu ~ ini bersangkutan dgn kerosakan di kilang elektrik; dia sendiri kurang pasti tentang tujuan ~ ketua kampung malam itu; 3. gelaran, sebutan nama: ia pun menukarkan nama dgn ~ Ken Anglira Sari; 4. orang yg dipanggil; ~ hidup (jiwa) kesukaan atau kecenderungan dlm sesuatu lapangan (pekerjaan dll); ~ jauh = ~ nasional panggilan yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 km dr ibu sawat, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci; ~ kejut panggilan melalui telefon yg bertujuan menyedarkan atau mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu; ~ mulut jemputan dgn mulut (tidak dgn kad dll); ~ tempatan panggilan yg dibuat dlm jarak 4 km dr ibu sawat; P~ Terus Antarabangsa panggilan telefon ke luar negara yg boleh dilakukan secara terus kpd orang yg dihubungi tanpa perlu menggunakan khidmat operator. pemanggil (orang) yg memanggil: dinanti-nantilah oleh semua ~ itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari; canang ~ canang utk memanggil (memberitahu); sepemanggil sejauh suara orang memanggil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |