pemangkinan | (Kim) pengubahan kadar tindak balas kimia dgn menggunakan mangkin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mangkin II | 1. (Kim) bahan (spt platinum, yis, dll) yg dapat mengubah kecepatan sesuatu tindak balas kimia tetapi ia sendiri tidak mengalami apa-apa perubahan; 2. ki faktor (unsur dsb) yg dapat mempercepat atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan dsb: gerakan bimbingan kerjaya Malaysia boleh menjadi ~ yg merapatkan perhubungan antara majikan dan institusi pelajaran bagi menerbitkan pekerjaan; memangkinkan 1. (Kim) mempercepat tindak balas kimia dgn menggunakan mangkin: enzim ini ~ tindak balas glukosa terhadap asid glukonik; 2. ki mempercepat sesuatu tindakan (perubahan, proses, pembangunan dsb): begitu juga perkembangan ilmu ~ pertumbuhan industri; langkah itu dapat ~ usaha pembinaan lebih banyak rumah kediaman; pemangkinan (Kim) pengubahan kadar tindak balas kimia dgn menggunakan mangkin; pemangkin faktor dsb yg mempercepat sesuatu tindakan (proses, perubahan dsb): ke-wujudan lebuh raya itu akan menjadi ~ pem-bangunan ekonomi sesuatu kawasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |