pemangku | 1 orang yg memegang jawatan utk sementara. 2 orang yg menjadi wakil utk melakukan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemangku raja | timbalan raja: Tun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemangku | 1. orang yg memegang sesuatu jawatan; 2. timbalan (raja, pegawai, dll); ~ raja timbalan raja: Tun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri; 3. orang yg menyelenggarakan pemerintahan dll, pengelola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemangku | 1 orang yg memegang sesuatu jawatan. 2 orang yg menjadi wakil utk melakukan sesuatu. | Kamus Pelajar |
Jemaah Pemangku Raja | badan yg dilantik utk menjalankan fungsi raja semasa raja belum dewasa, atau raja tiada di dalam negeri ataupun raja tiada upaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elaun pemangku | elaun yg diberikan kerana memangku sesuatu jawatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Pmg. | kep Pemangku: ~ Pengarah Perancangan Bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjabat | Id 1. pegawai dll yg memegang sesuatu jawatan, pemegang jawatan; 2. orang yg mengerjakan pekerjaan (atau memegang jawatan) orang lain buat sementara, pemangku (sesuatu jawatan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jemaah | jemaah Ar 1. kumpulan orang beribadat; ~ haji rombongan orang naik haji; 2. orang ramai, perjumpaan ramai; ~ menteri badan eksekutif yg terdiri drpd para menteri, yg secara kolektif bertanggungjawab bagi menentukan dasar kerajaan, kabinet; J~ Pemangku Raja badan yg dilantik utk menjalankan fungsi raja semasa raja belum dewasa, atau raja tiada di dalam negeri ataupun raja tiada upaya; berjemaah beramai-ramai, bersama-sama: sembahyang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangku | , = pangkuan 1 bahagian badan dr pinggang ke lutut ketika seseorang duduk bertimpuh atau bersila; riba: Anak itu datang berlari-lari lalu duduk di atas ~ ibunya. 2 lengan yg dibengkokkan ke depan utk membawa atau utk mendukung sesuatu: Bayi itu terlena di atas ~ ibunya. memangku 1 meletakkan di atas riba serta memegangnya; meriba: Dia ~ anak itu dan menciumnya. 2 membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (ke depan): Beliau ~ isterinya lalu masuk ke ambulans itu. 3 memegang sesuatu jawatan utk sementara; menjadi sbg wakil atau wali: Lima tahun dia ~ sultan yg masih kecil itu. 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: Siapa yg ~ jawatan itu sekarang ini? pemangku 1 orang yg memegang jawatan utk sementara. 2 orang yg menjadi wakil utk melakukan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |