Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mang.sa] | ڤمڠسا

Definisi : binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk salah seekor bina-tang jenis ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mang.sa] | ڤمڠسا

Definisi : binatang yg memakan binatang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemangsa


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pemangsabinatang yg memakan binatang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemangsabinatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk salah seekor bina-tang jenis ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
burung pemangsaburung yg makan binatang lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
falkonsj burung pemangsa drpd famili Falconidae yg terbang pantas dan boleh dilatih utk memburu burung dan haiwan kecil lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
nasarAr sj burung pemangsa dan pemakan bangkai, burung reng.Kamus Dewan Edisi Keempat
lang Isj burung pemangsa dlm famili Acci­pitridae; ~ barat = ~ kepala putih, Circus aeruginosus; ~ belalang burung rajawali, Microhierax caerulescens; ~ berjambul, Spilornis cheela; ~ gunung, Spizaetus nipalensis; ~ hitam, Ictinaetus malayensis; ~ ikan, Heliaeetus leucoryphus; ~ jambul = ~ malam, Machaerhamphus alcinus; ~ kanguk, Icthyophaga spp.; ~ laut = ~ putih = ~ siput, Heliaeetus leucogaster; ~ lebah, Pernis apivorus; ~ merah = ~ tembikar, Haliastur indus; ~ rintik, Bustatur indicus; ~ sewah = ~ tikus, Elanus caerulens; ~ sikap, Accipiter trivirgatus; ~ tiram, Pandion haliaetus; burung ~ ling sj burung, Anthracoceros malabaricus; ~ menerap buaya prb pemuda yg merenggut bunga drpd sanggul seorang gadis; ~ pungguk ~ berikan, tidur siang berjaga malam prb orang jahat (pencuri) yg tidur siang dan berjaga malam; di tempat tiada ~, kata belalang, akulah ~ = tak ~ si pungguk menjadi ~ prb di tempat tiada orang yg pandai si bodoh mengaku dirinya cerdik; pantang ~ dgn ayam lambat-laun disambar juga prb dikatakan bkn sesuatu yg tidak baik apabila diper­dekatkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kondor IIsj burung pemangsa yg besar yg gemar memakan bangkai binatang, terdapat terutamanya di Amerika Selatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sepatungbeberapa jenis serangga pemangsa yg mempunyai badan yg panjang, mata yg besar dan dua pasang kepak yg mengembang apabila hinggap; sibur-sibur, Anax junius; Plathemis lybia dll.Kamus Pelajar
dakwat1. cecair berwarna (merah, hitam, dsb) yg digunakan utk menulis, tinta; ~ emas tinta berwarna emas; 2. cecair berwarna hitam yg dikeluarkan oleh sotong, kurita, dll (utk menyembunyikannya drpd pemangsa); bagai ~ dgn kertas prb tidak pernah bercerai (spt suami isteri yg saling mencintai); berdakwat 1. ada atau berisi dakwat: pen saya tidak ~; 2. dilumuri dakwat; alang-alang ~ biarlah hitam prb berbuat sesuatu jangan alang kepalang.Kamus Dewan Edisi Keempat
burung I1. binatang berbulu, berkaki dua, bersayap (biasanya dapat terbang), unggas: ~ berkik; ~ dara; ~ gereja; ~ hantu; 2. ki kemaluan laki-laki (biasanya dipakai utk kanak-kanak); ~ bedil Kl pelatuk (alat penjentik peluru); ~ beo Id a) tiung; b) orang yg bercakap menurut kata orang; ~ pemangsa burung yg makan binatang lain; (bagai) ~ serindit dikatakan kpd orang yg memakai pakaian yg sangat hijau; ~ timang Kl anak kesayangan; ~ gagak itu jikalau dimandikan dgn air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih warnanya prb orang yg sudah bertabiat jahat tidak dapat dibaiki lagi; ~ terbang dipipiskan lada prb belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya; ~ yg liar jangan dilepaskan, khabar yg mustahil jangan didengarkan prb jangan dipercayai khabar yg tidak diketahui dgn sah kebenarannya; dengarkan cerita ~, anak di pangku dilepaskan prb meninggalkan urusan sendiri utk mengurus hal orang lain; harapkan ~ terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan prb kerana mengharapkan keuntungan besar yg tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; ibarat ~, mata lepas badan terkurung prb walaupun terpelihara baik, tetapi tidak mempunyai kebebasan; ibarat ~, mulut manis jangan dipakai prb kata yg manis-manis selalu mengandungi semu (orang yg bodoh lekas terpengaruh olehnya); kuat ~ kerana sayap prb tiap-tiap orang mempunyai kekuatannya sendiri; laksana ~ diam dlm sangkar prb hal seseorang yg tiada bebas; membadai ~ atas langit, merendah diharap jangan prb janganlah mengharap-harap benda yg susah didapat itu; satu sangkar dua ~ prb dua orang perempuan memperebutkan seorang laki-laki; umpama ~, tumpang beramai kawan yg banyak prb orang dagang itu tiadalah tetap hatinya di negeri orang;burung-burungan burung buatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas