Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.man.jang] | ڤمنجڠ

Definisi : sesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemanjang


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pemanjangsesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemanjang bas(bus extender)Litar atau penyambung yang membolehkan sistem bas yang terhad dikembangkan.Kamus Komputer
panjang I1. lwn pendek: tali itu ~; penselnya masih ~ lagi; 2. lwn lebar, bujur: mukanya ~; 3. tinggi: badannya ~ lampai; 4. berlarut-­larut, luas: cerita yg ~; berfikir ~; 5. lama: ~ umurnya; 6. jarak dr hujung ke hujung (di antara dua tempat), lwn lebar: ~ sebuah bilik tiga meter lebih drpd lebarnya; 7. jarak masa, lama: ~ waktu siang di khatulistiwa sentiasa selama 12 jam; ~ akal (ingatan, kira-kira) tidak sempit (pen­dek) akal, boleh berfikir baik-baik; ~ bulat panjang dan bulat (spt buluh), bulat torak; ~ ekor berani berbuat jahat (melanggar peraturan); ~ gelombang (Fiz) jarak di antara dua puncak gelombang yg bersebelahan; ~ ikatan (Kim) jarak di antara dua nukleus atom yg terikat bersama dlm satu sebatian; ~ lampai kecil tinggi (badan); ~ lanjut (lebar) dgn butir dan keterangan yg banyak; ~ lidah (mulut, muncung) suka mengadu atau menyampai­-nyampaikan cakap orang, suka menceritakan hal orang; ~ nafas tidak pendek nafas, boleh berlari jauh; ~ pendek panjang atau pendek; ~ tangan suka mencuri; ~ tangkai Mn hujan; ~ umur (usia) lama hidup; ~ langkah singkat pinta (permintaan) prb sudah sampai ajal, meninggal dunia; ditindih yg berat dililit yg ~ prb kemalangan yg tidak dapat dielakkan; hendak ~ terlalu parah prb hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh; kalau ~ beri beruas, kalau pendek beri berbuku prb sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau; mendapat ~ hidung prb mendapat malu; sama ~ dgn urat perut (belikat) prb terlalu bohong; sudah ~ langkahnya prb sudah meninggal; sepanjang 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; berpanjang; ~ kalam menceritakan dgn lanjut (panjang lebar); ~ madah bercakap banyak-banyak; berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: janganlah saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi; berpanjangan, berpanjang-panjangan ber­lanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan: inginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan; kemesraan yg ~; memanjang 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; memanjangkan 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan; memperpanjang menjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg berpenduduk padat; panjangan lanjutan; kepanjangan 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan lengannya ~; berkepanjangan berpanjang-panjangan, ber­panjangan: abang memohon doa yg ~ drpd engkau; zaman yg ~; pemanjangan perihal atau perbuatan me­manjang(kan): Hukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dgn beban pd dawai-dawai atau spring itu; pemanjang sesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas