pemantapan | perihal (perbuatan) memantapkan; penstabilan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemantapan | perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan pengayaan, sejajar dgn berkembangnya ba-hasa itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penstabilan | perbuatan atau hal menstabilkan; pemantapan. | Kamus Pelajar |
pemapanan | perihal (proses, perbuatan) memapankan sesuatu, pemantapan, pengukuhan, penstabilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stabil | penstabilan perbuatan atau hal menstabilkan; pemantapan. | Kamus Pelajar |
penstabilan | proses (usaha, tindakan) menstabilkan (ekonomi, harga, dll), stabilisasi, pemantapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mantap | tidak berubah; stabil; kuat; tetap: Para belia dipimpin supaya menjadi kumpulan yg ~, dinamik dan berdisiplin. memantapkan menjadikan mantap atau stabil; menstabilkan: Mereka berusaha ~ sistem ejaan. kemantapan keadaan mantap; kestabilan: ~ sistem itu banyak memberi manfaat kpd kita semua. pemantapan perihal (perbuatan) memantapkan; penstabilan. pemantap sesuatu yg memantapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kodifikasi | kegiatan (usaha, proses) atau hasil mengumpulkan serta menyusun pelbagai peraturan (maklumat, norma, dsb) tentang sesuatu sehingga merupakan atau terdapat suatu keseluruhan yg bersistem dan teratur (biasanya yg dirakamkan dlm bentuk atau sesuatu terbitan): bertambahnya undang-undang di negara moden memerlukan ~ dan interpretasi; pemantapan atau ~ bahasa hanya dapat berlaku melalui penggunaan dan melalui kegiatan penulisan; mengkodifikasikan mengumpulkan serta mengatur (menyusun) sesuatu sehingga merupakan suatu sistem: norma-norma yg dikodifikasikan dlm bentuk tatabahasa sekolah dan yg diajarkan kpd siswa; pengkodifikasian perbuatan (usaha, proses, dsb) mengkodifikasikan, pengekodan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mapan | 1. tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~; memapankan memantapkan, mengukuhkan, menstabilkan sesuatu: mereka harus ber-usaha utk ~ kedudukan ekonomi keluarga terlebih dahulu; kemapanan keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak boleh dipersoalkan se-hingga ilmu dan teori bertentangan dgn ~; pemapanan perihal (proses, perbuatan) memapankan sesuatu, pemantapan, pengukuhan, penstabilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mantap | 1. tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia: orang ~; 2. tidak berubah-ubah, tetap, stabil: langkahnya perlahan dan ~; bahasa kita masih belum mencapai taraf yg ~, masih dlm pembentukan; memantapkan menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ isti-lah-istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya mereka; kemantapan perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyum-bang ke arah ~ demokrasi itu sendiri; pemantapan perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan pengayaan, sejajar dgn berkembangnya ba-hasa itu; pemantap sesuatu yg digunakan utk menetapkan (menstabilkan) letak sesuatu benda: palang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |