pemaparan | perbuatan atau tindakan memaparkan sesuatu (gambar, kisah dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemaparan | perbuatan mencari orang utk dijadikan askar (kelasi dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemaparan | perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) memaparkan: ~ teksnya tidak begitu bagus; media massa terlalu banyak memberi ruang kpd ~ hidup cara Barat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bacaan digital(digital readout) | Kaedah pemaparan nilai ukuran dalam bentuk nombor digital dengan menggunakan peranti paparan jenis digit. Bandingkan bacaan analog. | Kamus Komputer |
bacaan analog(analog readout) | Kaedah pemaparan nilai ukuran dengan menggunakan kaedah analog melalui bentuk bacaan jarum meter, bacaan isyarat pada tiub sinar katod, bacaan lampu, dan bacaan bunyi. Bandingkan bacaan digital. | Kamus Komputer |
papar III | ark; memapar mencari orang utk menjadi askar (kelasi dll); pemaparan perbuatan mencari orang utk dijadikan askar (kelasi dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembentangan | 1. perbuatan membentangkan (menghamparkan, membeberkan), penghamparan, pembeberan; 2. perbuatan membentangkan (memaparkan, menghuraikan, menerangkan), pemaparan, penghuraian, penerangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembabaran | 1. perbuatan membabarkan (mengembangkan, menebarkan), pengembangan, pembentangan, penebaran; 2. perbuatan membabarkan (mengembangkan, meluaskan), pengembangan, peluasan; 3. perbuatan membabarkan (membentangkan, memaparkan), pembentangan, pemaparan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perwatakan | 1. watak (seseorang) keseluruhannya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentukan watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papar | ; memaparkan membuka atau menunjukkan supaya dpt dilihat dsb; mendedahkan; membentangkan. terpapar 1 terbentang; tergambar: Perhatikan bentuk yg ~ pd skrin itu. 2 (telah, sudah) dipaparkan: Kisah yg menggemparkan masyarakat itu ~ di akhbar. paparan 1 maklumat, spt teks, gambar, simbol yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: ~ yg terdapat pd komputer itu sangat menarik. 2 sesuatu kejadian, penjelasan, kenyataan dsb yg dipaparkan di televisyen, akhbar dsb: ~ penderitaan dua beranak itu telah mendapat simpati orang ramai. ~ hablur cecair ist peranti paparan yg terdiri drpd dua keping bahan pengutub yg melapisi larutan suatu jenis hablur cecair, biasanya terdapat pd komputer riba, mesin kira, dsb. pemaparan perbuatan atau tindakan memaparkan sesuatu (gambar, kisah dsb). pemapar 1 alat, unsur dsb yg memaparkan sesuatu: Telefon bimbit itu mempunyai unit ~ grafik berwarna utk penggunaan yg menarik. 2 orang atau pihak yg memaparkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |