pemasangan | perbuatan atau kerja memasang: Kebanyakan kemalangan elektrik disebabkan oleh kecuaian, kejahilan dan ~ wayar yg tidak betul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemasangan | perbuatan (kerja) memasang: ~ kawat telegraf; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemasangan(installation) | 1. Proses memasang, menguji, dan menentukurkan perkakasan dan/atau perisian sesuatu sistem baru. 2. Kompleks yang memuatkan suatu sistem komputer. 3. Sistem komputer yang telah dipasang di suatu tempat. | Kamus Komputer |
pemasangan | perbuatan atau kerja memasang: Kebanyakan kemalangan elektrik disebabkan oleh kecuaian, kejahilan dan ~ wayar yg tidak betul. | Kamus Pelajar |
tarikh pemasangan(installation date) | Tarikh peralatan atau sistem siap dipasang dan boleh digunakan. Tarikh ini adalah sebagai tarikh rujukan untuk kerja penyelenggaraan, pengurusan, dan pelaksanaan kontrak sistem. | Kamus Komputer |
masa pemasangan(installation time) | Tempoh yang diambil untuk memasang dan menguji perkakasan dan/atau perisian sistem baru. | Kamus Komputer |
perpaipan | (sistem, kerja dll) pemasangan paip: sistem ~ air dan gas utk bangunan itu telah siap dipasang; bayaran itu tidak termasuk kos ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elektrifikasi | (éléktrifikasi) IB pelengkapan atau pemasangan tenaga elektrik pd jentera dll; mengelektrifikasi melengkapi atau memasang dgn tenaga elektrik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendawaian | proses memasang dawai, sistem pemasangan dawai: Tenaga Nasional akan cuba menggantikan meter lama dgn meter baru utk memperbaik sistem ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komponen(component) | 1. Bahagian yang berfungsi dalam pemasangan atau peralatan. 2. Peranti yang digunakan dalam litar. | Kamus Komputer |