pemaut | 1. sesuatu yg digunakan utk memaut, pemegang (utk menarik): ketika ia membuang batu fatom yg ketiga kalinya, tali ~ pinggang putus; 2. alat yg menghubungkan enjin dgn sesuatu yg hendak digerakkan (gear). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paut I | ; sangkut ~ kaitan antara dua tiga hal (perkara dll); ~ bingkai tangguk Kl cara duduk dgn bercangkung dan tangan memeluk kedua-dua lutut; berpaut 1. berpegang kuat-kuat (pd), melilit erat-erat (pd sulur-suluran dll), tertambat kuat (pd): tangannya yg ~ pd tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; anak-anak kelawar ~ pd bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; 2. ki berpegang teguh-teguh (pd), mengasaskan sesuatu kegiatan dsb: kita ~ erat kpd suatu metodologi yg lemah yg ditolak oleh pengasasnya sendiri; 3. tertutup kembali, terkatup semula, bertaut: apung terendam di seberang sana, beting ~ dr kuala; 4. ki bertemu, bertembung; ~ tidak bertali a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya; ~ sehasta tali prb tidak dapat berbuat sesuatu dgn sesuka hati; berpautan saling berpaut, berpegangan: Mike merapati Darwisah, dan tangan mereka ~; ~ dgn ada hubungannya dgn, berkaitan dgn, bersangkutan dgn, bertalian dgn; memaut 1. memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dgn teguh): tangannya ~ kedua-dua lututnya itu; muka Wan Intan diangkatnya dgn ~ dagu lebah bergantung itu; 2. melilit dgn teguh, mengikat, menyangkut: banyak pokok mengeluarkan sulur paut yg ~ pd sokong; 3. ki menyebabkan turut terlibat, melibatkan, menarik (perhatian, pandangan, dll): ia harus melukiskan suasana dan peristiwa yg benar-benar berlaku, yg ~ sebilangan besar masyarakat; 4. ki mengaitkan, menambatkan (perasaan, pandangan, minat, dll): gadis kampung itulah yg telah ~ hatiku pd kampung halamanku; terpaut 1. terikat atau tertambat (oleh rasa kasih dll), terpikat kpd: hatinya sudah ~ oleh anak dagang yg hitam manis itu; ~ kasih, tersangkut sayang terlalu amat cinta; 2. terikat dgn, bersebati dgn: anak-anak panah yg ~ ipuh berbisa tersumbat rapi dlm serombong buluh; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ ke awan berarak; 4. bertemu, tersua: jika kita mula menyelami perkara itu betul-betul kita akan ~ dgn masalah-masalah yg lebih panjang; semasa dia menyunting karya itu dia ~ dgn beberapa kesalahan ejaan; ~ bertali, tertambang berlantak prb terikat oleh adat kerana adat itu belum dilunasi atau diisi; pautan 1. hasil memaut (memegang dll), pegangan: mereka pun bersalam-salaman, penuh hormat dan mesra, kemudian ~ tangan mereka terurai; 2. tempat berpaut (berpegang dll), sesuatu yg dipaut: ia masih belum juga berhasil mencari tempat ~ atau tempat tambatannya; 3. hubungannya dgn, kaitannya dgn; 4. tempat menambatkan lembu dll, tempat mengikat ayam; 5. ki tempat asal; ayam pulang ke ~ prb sudah pd tempatnya; perpautan perihal berpaut, perhubungan, pertalian; pemaut 1. sesuatu yg digunakan utk memaut, pemegang (utk menarik): ketika ia membuang batu fatom yg ketiga kalinya, tali ~ pinggang putus; 2. alat yg menghubungkan enjin dgn sesuatu yg hendak digerakkan (gear). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perantaian(chaining) | 1. Kemudahan yang dimiliki oleh bahasa pengaturcaraan komputer yang membolehkan atur cara berhubung dengan atur cara yang lain dari dalam atur cara. 2. Sistem penyimpanan maklumat yang membolehkan unit maklumat disimpan berasingan dalam ingatan tetapi tersusun melalui medan pemaut yang merangkaikan satu unit dengan satu unit yang lain. | Kamus Komputer |