pembalutan | perbuatan atau hal membalut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembalutan | perbuatan membalut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembalutan dawai(wirewrapping) | Kaedah pendawaian litar elektronik yang digunakan untuk membina litar prototaip atau litar ujian. Komponen elektronik pada papan litar disalingsambungkan dengan membalut puncanya dengan dawai halus tanpa menggunakan pateri. Apabila litar ini telah diuji dan disahkan berjaya, barulah papan liter tercetak dibina. | Kamus Komputer |
balut I | barut, pembungkus, pembebat (luka dll); ~ ketupat daun nyiur pembungkus ketupat;membalut membarut, membebat, membungkus: ~ luka;membaluti membungkus: tubuhnya merupakan segumpal daging dibaluti sehelai kain;membalutkan menggunakan sesuatu utk membalut, membungkuskan, membarutkan: ia mengoyak kain selendangnya lalu dibalutkan pd betisnya yg luka;balutan bungkusan, bebatan: ia meraba-raba ~ kain putih yg membendung keliling perutnya;pembalutan perbuatan membalut;pembalut sesuatu yg dipakai utk membalut: kain ~ luka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balut | benda yg digunakan utk membungkus; barut: ~ ketupat daun nyiur yg dianyam utk membungkus ketupat. membalut membungkus sesuatu supaya tidak terdedah: Dia ~ lukanya dgn kain kapas yg jarang. membaluti menjadi (sbg) balut pd: Sehelai kain pelekat ~ tubuhnya yg kerdil. membalutkan menjadikan sesuatu sbg balut: Dia ~ secarik kain pd lukanya. balutan lilitan atau bebatan utk membalut: ~ hadiah itu tidak kemas. pembalutan perbuatan atau hal membalut. pembalut apa-apa yg dipakai utk membalut: kain ~ luka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |