kenek | (kenék) IB penolong (pembantu) tukang, pembantu pemandu kenderaan, kelindan; keneh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembantu khas | pembantu kpd seseorang (pegawai) yg tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khas | Ar yg diperuntukkan atau ditentukan (utk seseorang atau sesuatu kegunaan, tugas, dll), khusus, istimewa (utk seseorang atau sesuatu): rumah-rumah itu dibina ~ utk pegawai-pegawai kerajaan; jawatankuasa ~ jawatankuasa yg bertanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dll) sesuatu perkara tertentu; mata-mata (polis) ~ mata-mata (polis) yg menjalankan sesuatu tugas tertentu; pembantu ~ pembantu kpd seseorang (pegawai) yg tertentu; mengekhaskan mengkhususkan, mengistimewakan, menguntukkan (bagi orang, kegunaan, dll yg tertentu): kawasan yg dikhaskan utk memelihara binatang ternakan; asrama yg dikhaskan utk penuntut-penuntut perempuan; terkhas terkhusus, teristimewa, tertentu atau terbatas (kpd): perpustakaan itu boleh digunakan oleh orang ramai dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut sahaja; kekhasan kekhususan, keistimewaan, keunggulan: reaksi terhadap kesilapan kritikan lelaki yg kurang memahami ~ dunia dan jiwa wanita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembantu rumah | orang (biasanya wanita) yg bekerja di rumah seseorang dgn melakukan tugas harian spt mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dan menjaga anak majikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembantu | orang yg membantu; penolong: Di kedainya, Ali mempunyai dua orang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembantu guaman | pegawai yg menyusun perjalanan perkara dlm mahkamah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembantu rumah | seseorang, biasanya perempuan, yg bekerja di rumah orang utk membuat kerja spt mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dll, orang gaji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembantu perubatan | orang yg bertauliah (biasanya lelaki) yg membantu doktor di hospital, klinik, dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembantu | orang (alat dll) yg membantu, penolong: anaknya seorang sahajalah yg merupakan ~nya; ~ perubatan orang yg bertauliah (biasanya lelaki) yg membantu doktor di hospital, klinik, dsb; ~ rumah seseorang, biasanya perempuan, yg bekerja di rumah orang utk membuat kerja spt mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dll, orang gaji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembantu | orang yg membantu; penolong: Di kedainya, Ali mempunyai dua orang ~. | Kamus Pelajar |