Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ta.lan] | ڤمبطلن

Definisi : perihal (tindakan, perbuatan, dsb) membatalkan: Parlimen menyetujui ~ undang-undang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ta.lan] | ڤمبطلن

Definisi : hal atau perbuatan membatalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembatalan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sepihaksebelah (pihak), satu sisi; pembatalan ~ pembatalan drpd satu pihak sahaja (perjanjian dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
pembatalanhal atau perbuatan membatalkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pembatalanperihal (tindakan, perbuatan, dsb) membatalkan: Parlimen menyetujui ~ undang-undang itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
pembatalanhal atau perbuatan membatalkan.Kamus Pelajar
fasakhAr 1. pembatalan nikah apabila puncanya disedari akibat tidak sahihnya nikah (spt perkahwinan adik-beradik seibu sebapa); 2. pembatalan nikah menurut keputusan kadi kerana sebab tertentu (spt suami gila, lemah tenaga batin, dsb) atas aduan isteri; memfasakhkan membatalkan atau membubarkan ikatan perkahwinan (oleh mahkamah atau kadi): seseorang isteri boleh memohon perintah Mahkamah Syariah supaya ~ perkahwinan mereka jika ada sebab-sebab yg diharuskan oleh syarak.Kamus Dewan Edisi Keempat
pihak1. belah, sisi: ~ atas; ~ bawah; ~ kanan; ~ kiri; 2. arah, hala, jurusan: beberapa ekor kera yg besar datang dr segenap ~ mengelilinginya; 3. salah satu drpd dua kumpulan (golongan) orang yg berlawanan dlm peperangan (permainan, politik, dll): tidak diketahui ~ mana kawan dan ~ mana lawan; 4. termasuk dlm kumpulan (golongan) yg ber­lawanan: nanti akan nyata siapa ~ kawan dan siapa ~ lawan; 5. hal, perkara; pd ~ bkn hal; ~ berikat = ~ bersekutu negara-negara yg bersekutu dlm perang dunia kedua (Amerika Syarikat, Inggeris, dan Perancis); ~ berkuasa golongan atau orang yg mempunyai kuasa, pemerintah; ~ berkuasa tempatan badan yg bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah, bandar dsb, mis Majlis Perbandaran dan Dewan Ban­daraya dsb; ~ kedua orang (yg kedua) yg disebutkan kemudian dlm perjanjian; ~ ketiga a) orang lain yg tidak serta dlm perjanjian; b) golongan lain yg tidak berpihak dlm perseng­ketaan (peperangan dll); ~ pertama (kesatu) orang (yg pertama) yg disebutkan dahulu dlm perjanjian; ~ sana kumpulan orang dll yg termasuk pihak lawan dll; ~ sini kumpulan orang dll yg termasuk pihak kita; sepihak sebelah (pihak), satu sisi; pembatalan ~ pembatalan drpd satu pihak sahaja (perjanjian dll); berpihak, memihak menyebelahi salah satu pihak, memasuki salah satu kumpulan (go­longan): dia tidak ~ ke mana-mana; ia memujuk saya supaya memihak kepadanya; berpihak-pihak berpisah-pisah menjadi beberapa pihak, berasing-asing, bercerai-cerai; memihakkan 1. memasukkan dlm salah satu pihak; 2. mencerai-ceraikan menjadi beberapa pihak; 3. mengesampingkan, menyisikan; pemihakan perihal memihak pd sesuatu kumpulan (aliran): sumbangan utama al-Ghazali sebenarnya terletak pd ~nya kpd kelompok antifalsafah.Kamus Dewan Edisi Keempat
fasakhpembatalan ikatan nikah oleh mahkamah syariah berdasarkan tuntutan oleh pihak isteri atau suami, atau kerana pernikahan itu menyalahi hukum nikah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
fasakhpembatalan ikatan nikah oleh mahkamah syariah berdasarkan tuntutan oleh pihak isteri atau suami, atau kerana pernikahan itu menyalahi hukum nikah.Kamus Pelajar
kasasiId (Udg) pembatalan sesuatu hukuman oleh mahkamah yg lebih tinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemansuhanperbuatan (tindakan dsb) me­mansuhkan, pembatalan, penghapusan: ~ pe-periksaan masuk ke sekolah menengah pd tahun 1964.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas