pembebas | 1 orang yg membebaskan. 2 alat yg digunakan utk membebaskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembebas | orang (alat dll) yg membebaskan: kuman ~ nitrogen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembebas | 1. orang yg membebaskan. 2. alat yg digunakan utk membebaskan. | Kamus Pelajar |
bebas | /bébas/ 1 tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu: Tiap-tiap murid ~ memberikan pendapatnya. 2 tidak dikenakan apa-apa hukuman dsb; lepas drpd sebarang tuduhan dsb: Sekarang saya berasa gembira sekali kerana ~ drpd perasaan takut dan curiga. 3 tidak diperintah oleh negara-negara lain; merdeka: Bermula dr 31 Ogos 1957, negara kita ~ drpd penjajahan Inggeris. ~ tol a. (bkn talian atau panggilan telefon) tidak dikenakan bayaran: talian ~ tol. b. (bkn jalan raya, jambatan dsb) tidak dikenakan bayaran jika menggunakannya: Mereka menggunakan laluan ~ tol utk pulang ke kampung. membebaskan 1 membiarkan bergerak dan melakukan sesuatu dgn bebas: Tepat pd pukul empat petang, ia ~ anak-anaknya keluar bermain-main. 2 melepaskan seseorang drpd sebarang hukuman dsb: Tuan Hakim telah ~ Ali drpd tuduhan mencuri. 3 memberikan kemerdekaan; memerdekakan: Kita mesti bekerja keras dan sanggup berdikari utk ~ negara kita drpd cengkaman penjajah. kebebasan keadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen. terbebas dpt bebas atau dibebaskan; dlm keadaan bebas: Kebanyakan haba ~ dr badan ke alam sekitar melalui proses sinaran. pembebasan hal, cara, perbuatan membebaskan. pembebas 1 orang yg membebaskan. 2 alat yg digunakan utk membebaskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bebas | /bébas/ 1. tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu: Tiap-tiap murid ~ memberikan pendapatnya. 2. tidak dikenakan apa-apa hukuman dsb; lepas drpd sebarang tuduhan dsb: Sekarang saya berasa gembira sekali kerana ~ drpd perasaan takut dan curiga. 3. tidak diperintah oleh negara-negara lain; merdeka: Bermula dr 31 Ogos 1957, negara kita ~ drpd penjajahan Inggeris. membebaskan 1. membiarkan bergerak dan melakukan sesuatu dgn bebas: Tepat pd pukul empat petang, ia ~ anak-anaknya keluar bermain-main. 2. melepaskan seseorang drpd sebarang hukuman dsb: Tuan Hakim telah ~ Ali drpd tuduhan mencuri. 3. memberikan kemerdekaan; memerdekakan: Kita mesti bekerja keras dan sanggup berdikari utk ~ negara kita drpd cengkaman penjajah. kebebasan keadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen. terbebas dpt bebas atau dibebaskan; dlm keadaan bebas: Kebanyakan haba ~ dr badan ke alam sekitar melalui proses sinaran. pembebasan hal, cara, perbuatan membebaskan. pembebas 1. orang yg membebaskan. 2. alat yg digunakan utk membebaskan. | Kamus Pelajar |
bebas | (bébas) 1. tidak terhalang (utk bergerak, bercakap, dll), tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas, leluasa: angkasa ~; dunia ~; politik ~; setiap orang ~ mengeluarkan pendapatnya; 2. lepas drpd kewajiban (tuntutan, ketakutan, cukai, hukuman, dll): ia ~ drpd kewajiban memberi belanja kpd bekas isterinya; tidak seorang pun ~ drpd cukai; 3. merdeka (tidak dikuasai oleh negara lain): negara-negara ~ menjadi ahli BB; ~ cukai tidak dikenakan sebarang cukai (tentang perniagaan, barang, dll); ~ tol a) tidak dikenakan bayaran utk panggilan telefon: syarikat itu menyediakan satu talian telefon ~ tol; b) tidak dikenakan bayaran utk menggunakan jalan raya, jambatan dll: kerajaan akan menyediakan laluan alternatif ~ tol bagi setiap jalan bertol;membebaskan 1. memberi keadaan bebas (utk bergerak, bercakap, dll), memberi keleluasaan, melepaskan: baru beberapa hari dibebaskan drpd tahanan, ia sudah mencuri lagi; 2. melepaskan drpd kewajiban (tuntutan, tekanan, hukuman, dll): tidak patut ia ~ diri drpd tanggungjawab terhadap gadis itu; 3. memerdekakan (drpd kekuasaan lain): angkatan bersenjata Sekutu ~ Yunani drpd tangan Fasis; 4. memberhentikan (drpd tugas atau jawatan): pegawai itu dibebaskan drpd jawatannya;kebebasan perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat;pembebasan perihal (perbuatan, tindakan, usaha) membebaskan: negara itu meneruskan perjuangan ~ wilayahnya yg diduduki musuh; pembebas orang (alat dll) yg membebaskan: kuman ~ nitrogen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |