pembengkakan | perihal atau proses menjadi bengkak: ~ pd bahagian yg dijangkiti kuman itu akan berlaku secara perlahan-lahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembengkakan | perihal (proses dsb) membengkak: penggunaan air ini dapat membantu mengurangkan ~; ~ leher ini akan berlaku secara berperingkat-peringkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bengkak | 1 lebih besar drpd biasa keadaannya kerana menderita sakit (bkn bahagian tubuh): Pipinya ~ kena tumbuk. 2 bahagian tubuh yg menjadi besar kerana penyakit dsb: ~ di pipinya sudah mula berkurang. ~-bengkil banyak bahagian yg bengkak (pd tubuh, kepala dsb). membengkak menjadi bengkak. pembengkakan perihal atau proses menjadi bengkak: ~ pd bahagian yg dijangkiti kuman itu akan berlaku secara perlahan-lahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bengkak | 1. benjol pd tubuh (kerana penyakit dll), bincul: ~ tangannya sudah mulai berkurang; 2. menjadi benjol (bincul): mukanya kembang dan ~;~-bengkil bengkak-bengkak, benggal-benggil; ~ hati sebal hati; ~ gedobong Kl bengkak yg besar dan berbahaya; lain ~, lain bernanah prb orang lain yg bersalah orang lain yg menanggung akibatnya;membengkak menjadi bengkak: tanda-tanda penyakit ini ialah rasa mual, sakit punggung, sesak nafas dan kaki ~;membengkakkan menyebabkan (menjadikan) bengkak;pembengkakan perihal (proses dsb) membengkak: penggunaan air ini dapat membantu mengurangkan ~; ~ leher ini akan berlaku secara berperingkat-peringkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |