bentang I | ; membentang tampak luas dan rata, menghampar: sesampai di puncak bukit tampak laut ~ di hadapan mereka; membentangi menghamparkan sesuatu di: jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar masuk menghadap, pd tempatnya duduk itu dibentangi permaidani; membentangkan 1. menghamparkan, membeberkan: ia melabuh sauhnya seraya ~ kajang utk berbaring-baring melepaskan jerihnya; Pak Kadok ~ layar dan mengemudikan perahunya; 2. memaparkan, menghuraikan, menerangkan: peringatan serupa itu kerap kali dibentangkan dan dipaparkan oleh Rosita kpd mereka itu; 3. menyampaikan sesuatu (kertas kerja dll): kertas kerja ini telah dibentangkan pd seminar Bahasa dlm Pendidikan ke-IV; terbentang terbuka luas, terhampar: sawah padi yg ~ luas; pembentangan 1. perbuatan membentangkan (menghamparkan, membeberkan), penghamparan, pembeberan; 2. perbuatan membentangkan (memaparkan, menghuraikan, menerangkan), pemaparan, penghuraian, penerangan;pembentang orang yg membentangkan sesuatu: ~ kertas kerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembentangan | 1. perbuatan membentangkan (menghamparkan, membeberkan), penghamparan, pembeberan; 2. perbuatan membentangkan (memaparkan, menghuraikan, menerangkan), pemaparan, penghuraian, penerangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembabaran | 1. perbuatan membabarkan (mengembangkan, menebarkan), pengembangan, pembentangan, penebaran; 2. perbuatan membabarkan (mengembangkan, meluaskan), pengembangan, peluasan; 3. perbuatan membabarkan (membentangkan, memaparkan), pembentangan, pemaparan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
babar | ; membabar membentang, mengembang;membabarkan 1. membentangkan, mengembangkan (layar dll), menebarkan: Pak Kaduk pun ~ layar perahunya; 2. memperkembangkan, meluaskan: negara itu hendak ~ kekuasaannya ke negeri-negeri yg berjiran; 3. membentangkan, menjelaskan, memaparkan: ia telah ~ pendapatnya kpd rakyat;terbabar 1. telah dibabarkan, terkembang, terbentang, tertebar: layarnya ~; 2. berada dlm kumpulan yg banyak dlm satu kawasan yg luas: sekawanan ikan kelihatan ~ luas di laut; 3. terpancar ke merata-rata: cahaya perada itu ~ ke segenap penjuru bilik itu;pembabaran 1. perbuatan membabarkan (mengembangkan, menebarkan), pengembangan, pembentangan, penebaran; 2. perbuatan membabarkan (mengembangkan, meluaskan), pengembangan, peluasan; 3. perbuatan membabarkan (membentangkan, memaparkan), pembentangan, pemaparan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpindah | 1. beralih tempat (kediaman, kerja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbincangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bentang I | ; membentang luas dan rata, terbuka lapang: Sawah padi tampak ~ dr bukit ke bukit. membentangi 1 menutup dgn sesuatu yg dihamparkan; menghampari: Mereka telah ~ lantai masjid itu dgn permaidani hijau. 2 terletak dgn luas di; menghampari: Sawah yg luas ~ kawasan lembah itu. membentangkan 1 membuka sesuatu drpd gulungan atau lipatan luas-luas; menghamparkan: Sambil ~ tikar, ia menyilakan tetamu naik ke rumahnya. 2 memberikan penerangan atau pendapat ttg sesuatu; menghuraikan sesuatu dgn panjang lebar: Haji Ali telah ~ pendapatnya dgn panjang lebar dlm mesyuarat itu. Beliau ~ kertas kerja ttg cara menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. terbentang kelihatan terbuka luas-luas; terhampar: Dr situ, mereka nampak tanah lapang putih berkilau-kilauan ~ ke arah kutub utara. pembentangan perbuatan atau hal membentangkan. pembentang orang yg membentangkan: ~ kertas kerja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pindah | bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan; berpindah 1. beralih tempat (kediaman, kerja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbincangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; memindah 1. bp = memindahkan; 2. = memindah-mindah, pindah-memindah menjangkit(-jangkit), menular(-nular); memindahi 1. ark banyak yg dipindahkan, banyak kali memindahkan; 2. menjangkiti, menulari; memindahkan 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; pindahan barang (harta dll) yg dipindahkan: barang-barang ~; kaum ~ kaum atau bangsa yg hidupnya berpindah-randah; kepindahan kejangkitan, ketularan; perpindahan perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah, peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~ pejabat; pemindahan perbuatan memindahkan (mengalihkan): ~ penduduk; melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |