pemberhentian | perihal atau perbuatan memberhentikan (diberhentikan), pemecatan: ~ abangku itu diketahui melalui akhbar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemberhentian | perbuatan atau hal memberhentikan. | Kamus Pelajar |
hentian automatik(automatic stop) | Pemberhentian sesuatu pemprosesan secara automatik apabila kewujudan ralat, masalah, atau kegagalan dikesan. | Kamus Komputer |
ciciran litar(circuit dropout) | Pemberhentian sementara penghantaran isyarat atau pengendalian disebabkan kegagalan langsung litar perkakasan. | Kamus Komputer |
penutupan teratur(orderly close-down) | Pemberhentian sistem secara tersusun yang membolehkan sistem dimulakan semula dengan sempurna. Pesanan dan taraf sistem diselamatkan dan rekod serta fail yang terbuka dikemaskinikan dan ditutup terlebih dahulu. Bandingkan penutupan tidak teratur. | Kamus Komputer |
penutupan tidak teratur(disorderly close-down) | Pemberhentian sistem yang tidak mengikut susunan penutupan yang ditetapkan. Ini biasanya berpunca daripada terputusnya bekalan kuasa atau kerosakan perkakasan yang menyebabkan sistem tidak dapat ditutup secara teratur. | Kamus Komputer |
longgokan bencana(disaster dump) | Longgokan yang wujud akibat pemberhentian pemprosesan yang tidak dapat dipulihkan disebabkan ralat dalam atur cara atau disebabkan bencana yang menimpa perkakasan. | Kamus Komputer |
henti paksa(abort) | Menghentikan proses yang sedang berlangsung dan mengembalikan kawalan kepada sistem. Pemberhentian ini boleh dilakukan secara sukarela oleh pengguna atau dipaksa oleh sistem, apabila proses tersebut melanggar aturan sistem. | Kamus Komputer |
henti | ; tidak ~-~nya tidak putus-putus, terus-menerus; sehenti mempunyai atau menyediakan pelbagai perkhidmatan atau barangan yg berkaitan di satu tempat: kedai ~ itu menjual pelbagai jenis bot tempatan dan luar negara, aksesori, enjin dan minyak pelincir; berhenti 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; berhenti-henti tidak terus-menerus, terputus-putus; memberhentikan 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya; 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu piring hitam diberhentikan; 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan; keberhentian perihal berhenti: ~nya itu mungkin atas sebab-sebab yg sama; pemberhentian perihal atau perbuatan memberhentikan (diberhentikan), pemecatan: ~ abangku itu diketahui melalui akhbar; menghentikan, memperhentikan memberhentikan; terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, terputus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, terputus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; hentian 1. tempat berhenti (kenderaan dll), perhentian: H~ Pudu Raya; 2. hasil berhenti; 3. (Lin) bunyi bahasa yg dihasilkan drpd penutupan sepenuhnya pd titik artikulasi tertentu dlm saluran suara: ~ glotis; ~ implosif; ~ glotis (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba; ~ implosif (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menghalang aliran udara di glotis yg bergerak masuk ke dalam saluran udara; ~ sebelah tempat kenderaan boleh atau dibenarkan berhenti di tepi jalan raya atau lebuh raya; penghentian hal atau perbuatan menghentikan: ~ beberapa percubaan utk mendirikan tanah jajahan; perhentian tempat berhenti (bas, teksi, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
henti | berhenti 1. tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2. berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3. meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negeri. berhenti-henti tidak terus-menerus; terputus-putus: Hujan telah turun tidak ~ selama empat hari empat malam. menghentikan menjadikan berhenti; memberhentikan: ~ segala perbuatan jahat dan keji. memberhentikan 1. menjadikan atau menyebabkan berhenti: Dia ~ motokarnya di hadapan panggung wayang. 2. menamatkan (menyudahkan) peperangan dll: Beliau tidak dpt berbuat apa-apa utk ~ pergaduhan itu. 3. melepaskan dr jawatan dll; memecat: Guru itu sudah diberhentikan. terhenti tidak berjalan atau tidak bergerak lagi; tertahan; tersekat: Perbualan mereka ~ apabila guru masuk ke bilik darjah. perhentian 1. tempat (bas, teksi dll) berhenti: Dia pergi ke ~ bas utk menghantar bapanya pulang ke kampung. 2. hal berhenti. penghentian perbuatan atau hal menghentikan. pemberhentian perbuatan atau hal memberhentikan. | Kamus Pelajar |