penderhakaan | perbuatan menderhaka: ~ yg dilakukan oleh pemberontak-pemberontak itu telah lama diketahui oleh pihak berkuasa. | Kamus Pelajar |
penderhakaan | perbuatan menderhaka atau menderhakai: ~ yg dilakukan oleh pemberontak-pemberontak itu telah lama diketahui oleh pihak berkuasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melucuti | 1 menyebabkan seseorang dibuka pakaiannya, perhiasannya dsb (oleh orang lain); menanggali: Pesakit itu telah dilucuti pakaian yg ada pd tubuhnya dan diganti dgn pakaian yg bersih. 2 menyebabkan seseorang diambil atau dirampas senjatanya dll: Pemberontak-pemberontak yg ditawan itu telah dilucuti senjatanya. 3 menyebabkan seseorang ditarik kembali kuasanya (pangkatnya dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lucut | ; melucut terlepas drpd pegangan, genggaman dll. melucuti 1 menyebabkan seseorang dibuka pakaiannya, perhiasannya dsb (oleh orang lain); menanggali: Pesakit itu telah dilucuti pakaian yg ada pd tubuhnya dan diganti dgn pakaian yg bersih. 2 menyebabkan seseorang diambil atau dirampas senjatanya dll: Pemberontak-pemberontak yg ditawan itu telah dilucuti senjatanya. 3 menyebabkan seseorang ditarik kembali kuasanya (pangkatnya dll). melucutkan 1 menanggalkan (pakaian, perhiasan dll); melepaskan (tali, ikatan dll): Ahmad ~ pakaiannya sebelum terjun ke dlm sungai. 2 menarik balik (pangkat, kuasa dll); menghentikan: ~ jawatan menghentikan seseorang drpd sesuatu jawatan; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan. terlucut terlepas drpd pegangan, genggaman dll: Bakul yg dipegangnya itu ~ dr tangannya. pelucutan perbuatan melucuti atau melucutkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
derhaka | tidak taat kpd negara (Tuhan, orang tua dll: Anak yg ~ itu akan menerima balasannya. menderhaka melakukan perbuatan yg derhaka; menentang kekuasaan (kerajaan, orang tua, suami dll): Hang Jebat sanggup ~ kpd Raja kerana hendak membela Hang Tuah. penderhakaan perbuatan menderhaka: ~ yg dilakukan oleh pemberontak-pemberontak itu telah lama diketahui oleh pihak berkuasa. penderhaka orang yg menderhaka (kpd Tuhan, negara, ibu bapa dll): ~ itu telah dibuang negeri. | Kamus Pelajar |
derhaka | tidak taat kpd negara (Tuhan, orang tua dll): Anak yg ~ itu akan menerima balasannya. menderhaka melakukan perbuatan yg derhaka; menentang kekuasaan (kerajaan, orang tua, suami dll): Hang Jebat sanggup ~ kpd Raja kerana hendak membela Hang Tuah. menderhakai menderhaka terhadap seseorang: ~ ibu bapa tergolong dlm dosa besar. penderhakaan perbuatan menderhaka atau menderhakai: ~ yg dilakukan oleh pemberontak-pemberontak itu telah lama diketahui oleh pihak berkuasa. penderhaka orang yg menderhaka (kpd Tuhan, negara, ibu bapa dll): ~ itu telah dibuang negeri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemberontak | orang yg memberontak; orang yg melawan pihak berkuasa: Hampir semua ~ itu telah menyerah diri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemberontak | 1. orang atau kumpulan yg memberontak, penentang kerajaan, dll: ia bekas ~ yg telah dibebaskan; 2. suka melawan (menentang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemberontak | orang yg memberontak; orang yg melawan pihak berkuasa: Hampir semua ~ itu telah menyerah diri. | Kamus Pelajar |
kaum pemberontak | orang-orang yg memberontak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |