Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bia.san] | ڤمبياسن

Definisi : perihal (proses atau perbuatan) membias atau membiaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bia.san] | ڤمبياسن

Definisi : penyimpangan arah atau hala oleh suatu sebab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembiasan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pembiasanpenyimpangan arah atau hala oleh suatu sebab.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pembiasanperihal (proses atau perbuatan) membias atau membiaskan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pembiasanpenyimpangan arah atau hala oleh suatu sebab.Kamus Pelajar
optometer(optométer) (Ubat) alat utk meng­uji kuasa pembiasan mata.Kamus Dewan Edisi Keempat
fokus1. (Fiz) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan; 2. tumpuan (perhatian, perbincangan, dsb): ada parti politik dan persatuan yg cuba memberi ~ kpd masalah ini; berfokus berpusat, tertumpu: bahasa yg kompleks yg kelihatan ~ pd isu atau tema semasa; memfokuskan 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; terfokus terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan sumber; pemfokusan perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini ditinggalkan kpd para pengkritik.Kamus Dewan Edisi Keempat
bias, = membias menyimpang atau membelok dr arah yg semula (spt hujan ditiup angin); bertukar arah kerana sesuatu sebab: Oleh sebab angin terlalu kencang, air hujan pun ~ ke dlm rumah. membiaskan menjadikan hala atau arahnya menyimpang dr yg asal; membelokkan arah atau hala. terbias terpesong atau terbelok dr arah yg semula. biasan gerakan yg membias; sesuatu yg terbias. pembiasan penyimpangan arah atau hala oleh suatu sebab.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bias= membias menyimpang atau membelok dr arah yg semula (spt hujan ditiup angin dsb); bertukar arah kerana sesuatu sebab: Oleh sebab angin terlalu kencang, air hujan pun ~ ke dlm rumah. membiaskan menjadikan hala atau arahnya menyimpang dr yg asal; membelokkan arah atau hala. terbias terpesong atau terbelok dr arah yg semula. biasan gerakan yg membias; sesuatu yg terbias. pembiasan penyimpangan arah atau hala oleh suatu sebab.Kamus Pelajar
biasmembelok dr arah asal (hujan dihembus angin, perahu ditempuh badai, sinar cahaya dlm air, dll): dgn takdir Allah Taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun ~ ke Brunei; membiaskan membelokkan arah, menyebabkan arah membelok dr asal; terbias terbelok dr arah asal: gelombang haba ~ dan berbalik spt gelombang cahaya; biasan 1. penyimpangan dr arah asal (spt hujan dihembus angin, sinar cahaya dlm air, dll): apabila cahaya itu melintas drpd satu perantaraan yg hening kpd yg lain, fenomena ini dinamai ~; 2. bayangan perasaan: ~ wajah ceria anak-anak itu jelas menggambarkan rasa riang di hati kecil mereka; pembiasan perihal (proses atau perbuatan) membias atau membiaskan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas